View: 45912|Reply: 26
|
[Tempatan]
Pengikut GISBH tinggalkan 'amaran' kepada pihak berkuasa. Logo GISBH juga dicop di badan kuda - JHEAT
[Copy link]
|
|
Edited by antikorok at 22-9-2024 11:42 PM
NASIONAL
Pengikut GISBH tinggalkan 'amaran' kepada pihak berkuasa
September 22, 2024 @ 5:33pm
Oleh Baharom Bakar
[email protected]
Hanya nota peringatan ditemui ketika serbuan di sebuah banglo mewah yang disewa GISBH di Batu Rakit, semalam. - Foto NSTP/Baharom Bakar
KUALA NERUS: Hanya nota berbaur kekecewaan dan pesanan ditemui dalam sebuah banglo mewah dipercayai disewa GISB Holdings (GISBH) di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit di sini.
Nota tulisan tangan tertera; 'musuh-musuh kena tunggu di akhirat kerana yang kami hadapi di dunia, di sana lagi dahsyat berlipat kali ganda'; ditemui di banglo ketika serbuan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz mengesahkan penemuan nota itu ketika melakukan serbuan ke banglo mewah dipercayai disewa pengikut GISBH.
Pengikut GISBH hilangkan diri sebelum serbuan
Nota berbaur peringatan kepada pihak berkuasa ditinggalkan pengikut GISBH yang menghilangkan diri sebelum serbuan dilakukan.
"Banglo mewah di tepi pantai itu dipercayai disewa pengikut GISBH dan menjadikan kawasan di hadapan premis itu sebagai pusat latihan berkuda sejak akhir Disember lalu.
"Hasil risikan dan aduan penduduk setempat, kawasan lapang di hadapan banglo mewah itu digunakan GISBH untuk melatih remaja menunggang kuda," katanya ditemui selepas memantau kawasan itu hari ini.
Bagaimanapun Aizi Saidi berkata operasi polis tidak membabitkan penguat kuasa JHEAT disebabkan semua premis, termasuk pusat latihan berkuda itu tiada penghuni.
"Hasil pemantauan berterusan dilakukan mendapati tiada rumah amal berkaitan GISBH di negeri ini," katanya.
Mengenai pusat latihan berkuda itu, Aizi Saidi berkata, hasil risikan mendapati 13 kuda disediakan untuk melatih remaja termasuk wanita.
Tinjauan bersama Aizi Saidi dan seorang penduduk kampung berkenaan mendapati pagar sudah dikunci pemilik banglo mewah berkenaan.
Tinjauan juga mendapati kuda yang digunakan untuk melatih remaja tiada di lokasi.
https://www.bharian.com.my/berit ... pada-pihak-berkuasa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa la lari, nih baru polis datang belum Mr D lagi tau
Hadap jela kalau takde kesalahan takdenya kena dakwa.
Berani kerana benar, takut kerana salah. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg tulis amaran tu acik porem juga agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 22-9-2024 09:45 PM
Yg tulis amaran tu acik porem juga agaknya
Hahahaa... daa boleh agak la sapa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau rasa di pihak yang benar, kenapa lari?
Dah serupa geng RXJekkk jugak, sembang letup hobi mahal nampak polis kami lari. |
|
|
|
|
|
|
|
sebiji macam zaman al arqam dulu ya..satu negara kecoh sampai last2 depa buat solat hajat untuk jatuhkan kerajaan dalam masa 3 bulan konon kena aniaya..last2 depa sendiri kena ISA termasuk abuya |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh...dgn kuda2 sekali lari...
Mesti lari laju sbb dah minum air tapak kaki abuya. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lebih risaukan kuda tu. Apa la nasib makan minum dia hidup sebagai pelarian ikut manusia2 sesat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 22-9-2024 09:51 PM
Di sini inging saya menekangkang, ini musti sumpahang ikang tongkol asdang ganu darul runtuh memang ...
Bengong sissy |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 22-9-2024 11:13 PM
Aku lebih risaukan kuda tu. Apa la nasib makan minum dia hidup sebagai pelarian ikut manusia2 sesat ...
mcm mana la derang bawak lari??takkan org tak perasan kalau bwk naik lori mesti byk lorinya bkn buleh sumbat mcm babi penuh selori.
kesian binatang tak bersalah.
cepat betul derang bertindak ya, pakat lari habis |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 22-9-2024 11:40 PM
Logo GISBH dicop di badan kuda - JHEAT
22 September 2024 08:06pm
Sebanyak 13 ekor kuda di sebuah pusat latihan berkuda yang dikaitkan dengan GISBH yang serbu PDRM semalam didapati dicop dengan logo GISBH.
KUALA TERENGGANU - Sebanyak 13 ekor kuda di sebuah pusat latihan berkuda yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kampung Mengabang Panjang, di Kuala Nerus yang diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam didapati dicop dengan logo GISBH.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, ada antara cop logo berkenaan dilihat di bahagian atas kaki hadapan kuda dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pihak polis.
ADVERTISING
Pusat latihan berkuda itu terletak di hadapan sebuah banglo mewah berpagar tembok di tepi pantai dan dipercayai disewa pengikut GISBH.
"Hari ini, saya pergi lagi ke sana tapi sudah tidak boleh masuk sebab telah berkunci kerana difahamkan tempat itu mereka sewa. Kuda tersebut juga tiada lagi di situ. Tiada maklumat setakat ini siapa yang membawanya keluar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Selain itu, Aizi Saidi berkata beliau juga dimaklumkan mengenai satu nota tulisan tangan pada bahagian dinding pusat latihan kuda itu yang menyebut mengenai pembalasan di akhirat susulan tindakkan pihak berkuasa terhadap mereka.
"Pada pandangan saya, pesanan itu menunjukan rasa marah mereka terhadap apa yang berlaku sekarang. Mereka menganggap kita musuh dan mengacau aktiviti mereka, sedangkan kita nak cari penyelesaian,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa buah premis membabitkan kumpulan itu antaranya di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu.
"Sebelum ini ada beberapa serbuan oleh pihak berkuasa antaranya membabitkan sebuah asrama di Kuala Terengganu. Tapi kita masih tiada maklumat sama ada asrama itu adalah rumah amal yang dihuni anak-anak pengikut GISBH atau tidak. Ketika serbuan asrama itu juga kosong.
"Laporan yang kita ada setakat ini akan dibentangkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) esok,” katanya.
Terdahulu, Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun berkata, Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISBH sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas. - Bernama
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2343121 |
|
|
|
|
|
|
|
Kat pantai2 area pantai timur mmg ada geng songkok tinggi ni dtg tanya nak naik kuda ke tak..
Hmmm, silap haribulan kat 'sana' nanti uols yg kena jwb ngan Allah sbb aniaya org. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 22-9-2024 11:34 PM
mcm mana la derang bawak lari??takkan org tak perasan kalau bwk naik lori mesti byk lorinya bkn bu ...
Entah2 dia sumbat je banyak2. Budak2 pun disumbat juga masuk van sebab nak cabut lari.
|
|
|
|
|
|
|
|
antikorok replied at 22-9-2024 11:35 PM
Logo GISBH dicop di badan kuda - JHEAT
22 September 2024 08:06pm
Gigih nak hot iron branding sekor2 kuda. |
|
|
|
|
|
|
| |
|