CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7079|Reply: 0

[Sarawak] Ahli farmasi di Sarawak perlu dilengkapi Data Raya, AI

[Copy link]
Post time 23-9-2024 03:24 PM | Show all posts |Read mode


Wee (kiri) mendengar penerangan berkaitan teknologi terbaharu dalam dunia farmaseutikal daripada salah seorang pempamer dari Pulau Pinang yang menyertai JOPPP-BIPC 2024 hari ini. Mengiringi beliau ialah Nor Anizah (dua kiri) dan Dr Samuel (dua kanan).

KUCHING: Komuniti ahli farmasi di Sarawak perlu dilengkapi dengan pengetahuan Data Raya dan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai persediaan analisis dan rawatan pesakit pada masa hadapan.

Demikian menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang menambah ia diperlukan bagi menentukan pelan rawatan yang bersesuaian serta menganalisis DNA seseorang.

Pada masa sama katanya, ia turut diperlukan bagi memantau pematuhan ubat komuniti pesakit mereka masing-masing.

"Sememangnya, terdapat begitu banyak peranan yang boleh dimainkan oleh seorang ahli farmasi pada zaman ini dan apa yang saya sentuh hanyalah sebahagian daripadanya.

"Sebagai langkah persediaan kepada dunia maju, adalah perlu untuk mengubah perkara yang kita lakukan dan cara bekerja," ujarnya pada perasmian Persidangan '1st Journal of Pharmaceutical Policy and Practice-Borneo International Pharmaceutical' (JOPP-BIPC) 2024 di Auditorium Muzium Budaya Borneo di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng.

Dr Sim berkata, ahli farmasi perlu bekerjasama dengan lebih rapat dan berkesan di dalam dan di luar komuniti farmasi untuk menyediakan penjagaan yang berpusatkan pesakit dan holistik.

"Saya menggesa anda semua untuk memainkan peranan aktif dalam menyelaraskan amalan anda, khususnya ke arah meningkatkan kualiti, kebolehcapaian dan kemampuan penjagaan kesihatan untuk memenuhi keperluan komuniti anda yang semakin meningkat," jelasnya.

Menurutnya, acara anjuran bersama Journal of Pharmaceutical Policy & Practice dan Sarawak Health Pharmacy Allied Association (SHPAA) dengan sokongan penuh Bahagian Perkhidmatan Farmaseutikal Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Persatuan Farmaseutikal Sarawak (SPS) itu bertujuan untuk ahli farmasi berkumpul dan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan dalam bidang farmasi.

"Ia juga peluang dan menjadi rangkaian jalinan bagi para peserta bercakap tentang peranan ahli farmasi dalam memajukan penjagaan kesihatan yang kita lihat hari ini dan sangat bersesuaian dengan situasi semasa di Sarawak yang bergerak ke arah globalisasi dan penerimaan teknologi baharu.

"Diperakui secara meluas bahawa akses kepada penjagaan kesihatan adalah hak asasi, dan kerajaan Sarawak berdedikasi untuk memastikan ia sampai ke setiap pelosok negeri ini.

"Semasa inovasi berkembang, kita mesti menangani jurang dalam akses kepada rawatan baharu.

"Banyak negara berpendapatan rendah dan sederhana masih menghadapi halangan disebabkan kos yang tinggi, isu rantaian bekalan dan infrastruktur penjagaan kesihatan yang terhad.

"Dengan itu, penyelidikan dalam dasar farmaseutikal adalah penting untuk membimbing pembangunan dan pelaksanaan dasar berkesan yang mengimbangi inovasi, kos dan akses," tegas beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.

Kajian terkini tambah Dr Sim, memberi tumpuan kepada menilai kesan daripada model penentuan harga yang berbeza, seperti penetapan harga berasaskan nilai yang mengikat kos ubat dengan faedah yang diberikannya.

"Saya berharap persidangan ini akan menjadi satu kejayaan yang luar biasa dan menjadi pemangkin untuk kerjasama masa depan antara kedua-dua kerajaan dan ahli farmasi sektor swasta," katanya lagi.

Selain Malaysia, Thailand dan Indonesia turut menghantar perwakilan masing-masing untuk menyertai JOPPP-BIPC 2024 di sini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan (Farmasi) Jabatan Kesihatan Sarawak Nor Anizah Osman, Ketua Pengarang Jurnal Dasar Farmaseutikal dan Pengerusi Penganjur Amalan Jurnal Dasar dan Amalan Farmaseutikal Pertama JOPPP-BIPC 2024 Profesor Zaheer-Ud-Din Babar, Pengerusi JOPPP-BIPC 2024, Dr Samuel Ting Chuo Yew dan Pengerusi Penganjur Bahagian Perkhidmatan Farmasi Sarawak Stephen Moses.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.077164 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list