View: 14805|Reply: 39
|
[Tempatan]
Rasuah Imigresen terlalu kritikal, SPRM dicadang wujud cawangan baharu di KLIA
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 23-9-2024 05:30 PM
Rasuah Imigresen terlalu kritikal, SPRM dicadang wujud cawangan baharu di KLIA
Ilah Hafiz Aziz
[email protected]
September 22, 2024
Pelancong menunggu giliran untuk pemeriksaan daftar masuk di kaunter Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto hiasan NSTP/Mohd Fadli Hamzah
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran mewujudkan cawangan baharu di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebagai usaha menangani kelemahan dan membanteras sindiket 'counter setting' yang tidak berkesudahan di situ.
Saranan itu perlu memandangkan masalah membabitkan integriti di KLIA dilihat serius dan kritikal kerana langkah penguatkuasaan serta operasi sering dilakukan, namun tidak digeruni penguat kuasa imigresen dan sindiket.
Penganalisis rasuah, Noor Mohamad Shakil Hameed, berkata wajar bagi SPRM mempertimbangkan cadangan itu kerana ejen sindiket yang dilihat cukup licik dan sentiasa mencari jalan untuk memujuk pasukan penguat kuasa dengan pelbagai tawaran rasuah yang lumayan.
"Masalah yang berlaku di pintu masuk utama negara pastinya dapat diatasi apabila pihak kerajaan dan jabatan Imigresen melakukan transformasi menyeluruh secara tegas dan drastik, termasuklah tindakan memperkasa nilai integriti anggota supaya boleh jadi benteng ampuh untuk katakan tidak kepada rasuah dalam apa juga keadaan sekalipun.
"Bagaimanapun, keberadaan cawangan SPRM juga akan membangkitkan rasa takut dalam kalangan anggota dan pegawai Imigresen yang bertugas agar sentiasa berpegang kepada nilai integriti yang tinggi," katanya kepada BH.
11 punca masalah, pegawai mudah didekati sindiket
SPRM sebelum ini, menyenaraikan 11 masalah dan kelemahan utama membabitkan Jabatan Imigresen sehingga membuka ruang kepada sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi 'counter setting'.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata masalah utama disebabkan kelonggaran dalam aspek kawalan dalaman ketika bertugas yang menyebabkan pegawai imigresen mudah didekati oleh ejen sindiket.
Katanya, kelemahan lain ialah pusingan tempat kerja bagi pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 tidak sistematik.
Mengulas lanjut, Mohamad Shakil berkata, sangat jelas menunjukkan gejala rasuah di situ membabitkan jumlah bayaran yang cukup lumayan, berdasarkan jumlah rampasan wang tunai serta barangan lain termasuk kenderaan.
"Ini kerana sindiket melalui ejen mampu menawarkan jumlah rasuah yang agak sukar untuk ditolak jika anggota dan pegawai benar-benar tidak memiliki nilai integriti yang tinggi," katanya.
Dalam memastikan aktiviti itu tidak berterusan, kerajaan mahupun Jabatan Imigresen tidak boleh sekadar fokus kepada aktiviti pembetulan terhadap penemuan SPRM sebaliknya memfokuskan kepada aspek pencegahan dalam jangka sederhana dan jangka panjang supaya ia dapat dikekang sepenuhnya dan tidak berulang.
"Kita mencadangkan imigresen memfokuskan kepada aspek penggunaan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI) yang boleh mewujudkan sistem automasi sepenuhnya di kaunter daftar masuk termasuk memperluaskan penggunaan kiosk layan diri.
"Sudah tiba masanya kerajaan menyediakan kemudahan penggunaan kamera badan dalam kalangan anggota dan pegawai Jabatan Imigresen bagi mengukuhkan lagi integriti pasukan penguat kuasa berkenaan, seperti yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
"Ia ternyata sangat berkesan dan mula menjadi 'fear factor' supaya tidak berlaku salah guna kuasa dan salah laku dari kalangan petugas serta individu yang berurusan dengan agensi masing-masing," katanya.
Jabatan Imigresen perlu segera meneliti secara terperinci kesemua 11 kelemahan yang didedahkan SPRM khususnya berkaitan kelonggaran dalam aspek kawalan dalaman ketika bertugas yang menyebabkan pegawai imigresen mudah didekati oleh ejen sindiket.
"Malah, sistem penyeliaan perlu diperkasakan dengan mana-mana penyelia yang gagal melaksanakan tugas dengan berkesan wajar diambil tindakan tatatertib atas dasar cuai dan tidak melaksanakan tugas dengan betul," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pihak yg menawarkan atau pihak pemberi kena sama2 dibenteras habis2habisan bersekali dgn penerima |
|
|
|
|
|
|
|
Kayos kayos staff immi yach...
Dapat hasil counter setting
Pergh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Harapnya staf sprm semua berintegritilah..kalau terjangkit perangai staf immi...hmm sedih jur
Teringat acik zaibo ex wife adp dulu tu..gigih tinggalkan laki sendiri demi adp |
|
|
|
|
|
|
|
Patutla KL ni kiri kanan atas bawah bangla saja...rupanya dah lama dorg buat kerja haram ni..skrg je baru kantoi lepas kena push kaw2 dgn Pmx |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau warganegara sendiri pun rasuah, baik upah guard nepal aje jadi pegawai imigresen. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 23-9-2024 06:28 PM
Kalau warganegara sendiri pun rasuah, baik upah guard nepal aje jadi pegawai imigresen.
(pastu) tiber....semenjak 2 menjak ni ramai pulok warga nepal aku nengok.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anak beranak staff immi ni kena bunuh/rape dgn PATI, baru setimpal balasan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Makan duit haram berketurunan payah nak hilang. Keberkatan dalam hidup takda. Sentiasa susah. Takyahla kejar dunia sgt buta mata hati tengok wang banyak2. Ko dh khianat negara. Jangan risau. Ko pun esok2 akan dikhianati. |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang² ni memang dah tak kesah dah halal harom.
Dah bertahun kann kerja² salah ni duk bawah radar.
Aku syorkan, sekor² ni (kalau semua tu melayu isele) dipaksa jamah nasik
berlaukkan hirisan daging babi masak kicap yang lezat depan keluarga masing².
Makan sampai habis. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by syamzana at 23-9-2024 10:12 PM
patutnya semua staf immi ni kene buat rotation mcm banker tu sume. takleh dok kat satu2 tempat dlm jangka masa yg lama, kene tukar pergi branch lain.
dari serendah jawatan smpai ke bos2 pun sama bila naik pangkat/gred tukar ke branch/negeri lain. bila dok lama sgt kat tmpt yg sama akan wujud conflict of interest pastu mcm2 la jadi.
eh patutnya semua staf gomen la buat camni. P*G pun sama, takde hulur upah doc dok la melepek sampai ke sudah kdg hilang la tatau mana hala. pdhal bukan harta makpak derang pun yg org nak uruskan. patut la asyik merungut tak cukup duit walhal keje ke ngular gaji dok masuk tara tu gak |
|
|
|
|
|
|
|
Membazir jer wujud jabatan baru
Buang kejer or jail ajer penyangak penyamun setan2 nih |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 23-9-2024 10:10 PM
patutnya semua staf immi ni kene buat rotation mcm banker tu sume. takleh dok kat satu2 tempat dlm j ...
Ha patut camni la yg terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
mesti penghujung hidup diorang ala2 tanah kubur je nanti khuenzz...semoga cepat insaf ye nyah |
|
|
|
|
|
|
|
Iols setujubtw, Iols bukan immi. tapi kes camni, ada orang besar tau jadi dalang. staff picisan, pawns, jadi kambing hitam aje. yang level menteri2 terbabit jual beli orang asing tu patut ke dalam sekali. bukan benda baru, dah lama jadi. tukar2 orang, keje tetap jalan, duit tetap flow. yang busuk, nama petugas. tapi tu la, rakyat need someone to be blamed gituu
|
|
|
|
|
|
|
|
letak je org ko st KLIA tu |
|
|
|
|
|
|
|
mmg patut buang negara je orang macam ni. staf segelintir mcm ni laa negara penuh dgn pati. dgn org malaysia sendiri klu salah sikit semua nak tegas kena itu ini. dgn pati senang2 je lepas setakat kena suap bape ratus tu.. x ingat dosa pahala sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
KALAU LETAK KAUNTER SPRM... TAMBAL LAGI TOLL GATE PATI |
|
|
|
|
|
|
| |
|