View: 17316|Reply: 78
|
[Tempatan]
Kembalikan UPSR, PT3 perlu pendekatan holistik, anak-anak bukan tikus makmal - Fadhlina
[Copy link]
|
|
Kembalikan UPSR, PT3 perlu pendekatan holistik, anak-anak bukan tikus makmal - Fadhlina
thesun.my
BERNAMA
23-09- 2024 01:21 PM
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Keputusan untuk mengembalikan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) perlu dibuat secara holistik dan tidak boleh dilihat dari satu aspek sahaja.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata buat masa ini Kementerian Pendidikan (KPM) kekal dengan keputusan terdahulu untuk memansuhkan kedua-dua peperiksaan itu.
“Anak-anak kita bukan tikus makmal, sekejap ada peperiksaan sekejap tidak ada. Kita kena ada ketetapan dan kita telah buat pelbagai penegasan khusus untuk meneguhkan pentaksiran bilik darjah (PBD) dan latihan untuk guru bagi memastikan tiada apa-apa yang akan menjejaskan kemajuan mereka (murid),” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KPM di sini, hari ini.
Beliau mengulas desakan beberapa pihak supaya KPM mengembalikan UPSR serta PT3 yang dimansuhkan pada 2022 atas alasan ia membantu aspek kemenjadian murid dan mendakwa ketiadaan peperiksaan itu telah menyumbang kepada keciciran pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Fadhlina berkata kementerian juga kini menumpukan pada pendekatan baharu kurikukum persekolahan 2027 dan dalam proses merangka pelan pembangunan pendidikan baharu bagi menetapkan hala tuju pendidikan negara untuk tempoh 10 tahun bermula 2026.
Sementara itu, KPM menerusi kenyataan memaklumkan pihak kementerian proaktif melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu keciciran murid dalam SPM dan mengenal pasti tiga faktor utama iaitu berhenti sekolah, buang sekolah dan telah bekerja.
“Walaupun jumlah ketidakhadiran murid dalam peperiksaan SPM berjaya dikurangkan kepada 10,160 pada tahun 2023 berbanding 14,858 pada tahun sebelumnya (pengurangan 1.2 peratus), KPM komited untuk terus menggandakan usaha bagi menangani keciciran murid dalam peperiksaan itu,” menurut kenyataan itu.
Bagi meningkatkan kehadiran dalam peperiksaan SPM serta sahsiah dan jati diri murid, KPM melaksanakan Program Jom Ke Sekolah, melantik duta sahsiah, mengadakan kerjasama dengan Akademi Kenegaraan Malaysia dan Program Remaja Unggul Aspirasi Negara.
Antara intervensi lain yang turut dilaksanakan ialah program gempur Kehadiran SPM, psikometrik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), program minda sihat, program jejak SPM, bengkel pemantapan intervensi, pemerkasaan guru bimbingan dan kaunseling (GBK), karnival pendidikan dan kerjaya, program kolaboratif dan ‘dashboard’ calon SPM.
Terkini, KPM bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan rakan strategik Yayasan Hasanah bagi melaksanakan program intervensi bagi menangani keciciran pembelajaran melibatkan penyertaan pelajar tingkatan empat dan lima.
Kerjasama itu merangkumi penganjuran kelas tambahan bagi Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik, program untuk meningkatkan keyakinan diri murid serta bimbingan hala tuju selepas SPM.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebab banyak sangat program, aku rasa kebanyakan sekolah buat program2 di atas tu sambil lewa je. Ikut leader kat atas juga la.
Nobody cares actually. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua berbalik kepada parent. Kalau ada upsr dan pt3 pun..tapi parent ambil sambil lewa....2x5 je. Pihak sekolah dan guru dah buat memacam program utk murid....tapi keberkesanan berapa percent je |
|
|
|
|
|
|
|
Bab tu tau pulak bukan tikus makmal..bab beksin,lain pulak hujahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Waktu hapus UPSR & PT3 tak dikira tikus makmal pula |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka juga system tp..menggalakkan budak2 jd proaktif..and buang sifat malu..bila dia mengajar kawan2 utk nk dpt tp6 pun boleh boost confident budak tu secara tak langsung
Tapi mcm mn pun siapalah sy utk nk komen bab pendidikan negara
Just go with the floww
And i believe in all the children’s potential |
|
|
|
|
|
|
|
musuh utama skrg ni adalah handphone. budak lembam n blurr sbb tgk tt byk sgt. generasi strawberry. mak pak pun ambik langkah senang dgn bg anak2 hp, barula x bising dan mmbuas |
|
|
|
|
|
|
|
Tiggybiru replied at 23-9-2024 08:48 PM
Aku suka juga system tp..menggalakkan budak2 jd proaktif..and buang sifat malu..bila dia mengajar ka ...
Tp kesian jugak..kalau budak introvert tp jenis pandai,akan susah skit nak dpt tp6..nk keluar dr kepompong introvert bkn benda mudah tau |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by izwan_izi at 23-9-2024 09:20 PM
Time korang mansuhkan tu...tak terpikir ke student jd bahan ujikaji polisi korg tu..?
Lebih2 lagi time pemansuhan tu..korg semua ada tempat dlm parlimen kan...ada dibahaskan tak..? Atau makan gaji buta..??
Sedapp...anak rakyat kene hadap polisi gila korg yg berubah2 tu...anak korang sedap je belajar kt international school / overseas boarding school...takpun hantar ke military college kt India / UK sana...
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 23-9-2024 08:45 PM
Waktu hapus UPSR & PT3 tak dikira tikus makmal pula
Itu la tu. Start dgn pengenalan teaching of math & science dlm english. Then revert ke bm pula. Lepas tu dual program. Lepas tu hapus upsr & pt3. Sekrg minta introduce semula.
Pada aku, satu2 system tu bagi la berjalan at least 5 tahun. Then baru improve. Kesian budak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tengok program sekolah anak aku banyak la juga.tak tau bilanya belajar. Hari tu latihan hari sukan 2 minggu lepas tu hari merdeka seminggu lepas ni program maulidurrasul perkhemahan blm lagi. Tu yg aku tahu la yg program lain aku tak tau. Bila la agaknya diorang belajar dgn tenang. Nanti bulan sepuluh atau sebelas mesti xm uasa. |
|
|
|
|
|
|
|
"Pada aku, satu2 system tu bagi la berjalan at least 5 tahun. Then baru improve. Kesian budak2"
UPSR bukan dah berjalan selama 5 tahun. UPSR dah berjalan selama puluhan tahun. Sejak tahun 1980an sudah ada USPR. Kita mula abolish USPR tahun 2020s. Maknanya, UPSR dah berjalan selama 40 tahun.
Bila UPSR dah berjalan selama 40 tahun, secara logiknya, tentulah kita perlu buat sesuatu pada UPSR, correct? Buat improvement kepada UPSR whatever it is, including the abolishment of UPSR and replacing it with a better system. Baru ada progress.
Kalau kita implement saja sesuatu secara buta-buta selama berpuluh tahun, maksudnya kita tak buat improvement selama berpuluh tahun. Bila tak de improvement, kita fikir logik la ... ada atau tidak progress?
Imagine ... 40 tahun tidak ada improvement dekat bank. 40 tahun tidak ada improvement dekat public transportation. 40 tahun tidak ada improvement dekat internet and digital technology.
Imagine ... kita pada tahun 2024. Tapi bank kita macam 1980an. Public transportation kita macam 1980an. Internet dan digital technology kita macam 1980an.
Itulah perumpamaannya kalau UPSR kita tak de improvement.
The fact that kita tak buat improvement, bukan bermaksud satu dunia tak buat improvement juga. Bila negara lain buat improvement, tapi kita masih dengan cara tahun 1980an, pada waktu itu la kita akan ketinggalan dengan banyak berbanding negara lain.
Orang lain sampai dah peringkat belajar dengan AI. Kita masih lagi hafal skema jawapan style 1980an.
Orang lain siap discuss dengan AI untuk selesaikan matematik. Kita masih lagi hafal jalan kira matematik style 1980an.
Orang lain siap dah buat projek alam sekitar, projek pendidikan, projek teknologi, projek entrepreneurship, jadi founder non-profit organizations seawal sekolah menengah. Kita masih lagi terkedek-kedek pergi tuition untuk buat soalan latih tubi. Cikgu tuition target soalan apa akan keluar waktu exam nanti.
Seolah-olah majikan kisah sangat dengan kita punya A waktu UPSR. Sedangkan, hakikatnya ... majikan cuma nak tahu:
1) Kita pandai buat kerja atau tidak?
2) Kita ada pengalaman kerja atau tidak?
3) Kita rajin buat kerja atau tidak?
4) Kita pandai berfikir atau tidak?
5) Kita ada kemahiran teknikal yang diperlukan untuk pekerjaan tersebut atau tidak? Contohnya, majikan nak tengok Cisco Certifications. Atau, ACCA / ICAEW.
6) Kita ada soft skills yang bagus atau tidak? Kita boleh communicate? Kita boleh teamwork? Kita boleh uruskan orang?
Waktu nak minta kerja nanti, tak letak pun result UPSR dekat resume. Ini adalah satu bukti betapa insignificant nya UPSR.
Secara logiknya, apa yang kena letak dekat resume ... ini yang kita ajar dekat pelajar. Apa yang majikan tanya waktu interview ... ini yang kita ajar dekat pelajar. Baru senang dapat kerja hebat. Baru senang dapat gaji tinggi.
What is the logic nak suruh pelajar buat sesuatu yang majikan tak pandang langsung?
Majikan mahukan pekerja yang pandai berfikir. Majikan mahukan pekerja yang pandai soft skills.
Ini yang kita kena ajar dekat pelajar. Macam mana nak pandai berfikir. Macam mana nak pandai soft skills.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiggybiru replied at 23-9-2024 08:48 PM
Aku suka juga system tp..menggalakkan budak2 jd proaktif..and buang sifat malu..bila dia mengajar ka ...
everyone is born genius
edward de bono laaa kabo |
|
|
|
|
|
|
|
Nfir replied at 23-9-2024 09:56 PM
"ada aku, satu2 system tu bagi la berjalan at least 5 tahun. Then baru improve. Kesian budak2"
U ...
how to teach is more important than what to teach
tell that to all soooo called pendidik ok?
i aint no pendidik maaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Nfir replied at 23-9-2024 09:56 PM
"Pada aku, satu2 system tu bagi la berjalan at least 5 tahun. Then baru improve. Kesian budak2"
U ...
Aku setuju dgn ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by shida81 at 23-9-2024 10:20 PM
Dulu exam ni di hapus kan sbb ada kes budak bunuh diri result x cemerlang.. Depress... Ms tu netizen n acikpor pn setuju di hapus kan.. Skang klu nk di kembali kan apa pembaikpulihan utk elak berulang kes2 dulu... Jgn kejap ada kejap x de.. Mcm biskut |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kita tengok berita America, kita akan notice America ada banyak expert yang fasih bercakap. In fact, kalau kita tengok video dekat YouTube tentang panel discussion di university, panel discussion dalam conference, interviews, etc ... kita akan notice ramai American yang pandai bercakap.
Benda ni bukan jadi dengan magic. Sistem pendidikan America mementingkan communication skills. Sewaktu dalam kelas, pelajar kena berkongsi maklumat tentang perkara yang dibincangkan. Pelajar kena berkongsi perspektif. Pelajar kena tanya soalan. Pelajar kena buat presentation depan class. Pelajar kena debate dengan classmates depan class. Pelajar ada meeting dengan client untuk group project - yes, group project pelajar universiti melibatkan syarikat sebenar.
Dan semua aktiviti berkaitan komunikasi ada markah khusus. Paling sedikit pun 10%. Untuk group project yang melibatkan client daripada syarikat sebenar, markah untuk assignment tersebut boleh lebih tinggi. Contohnya, 15 - 20%.
Adakah America tidak ada introvert? Tidak, America masih ada introvert.
American parents yang mempunyai anak introvert berasa stress. Sebab sistem pendidikan mereka hanya memberi manfaat kepada extrovert.
Adakah America buat perkara yang salah? Tidak, apa yang America buat itu adalah perkara yang betul. Sistem pendidikan perlu train students dalam aspek soft skills.
Orang yang introvert tak pandai bercakap. Mereka takut bercakap.
Banyak projek dan pekerjaan yang perlu dilakukan secara team work dan collaboration. Kalau kita tak pandai bercakap, macam mana kita nak jadi effective team member untuk buat sesuatu projek? Macam mana kita nak buat brainstorming dengan team?
In fact, ada satu business school di US ... if I'm not mistaken MBA dekat University of Chicago. Keunikan MBA di university ini adalah: teamwork. Mereka design MBA program yang menekankan teamwork.
Kenapa? Mereka kata itu yang akan berlaku dalam alam pekerjaan. Jadi, mereka train student untuk berhadapan dengan alam pekerjaan.
Ada seorang Malaysian Chinese student yang sedang belajar di US. August 2024 hari tu, student ni jadi speaker untuk satu program pendidikan di Malaysia. Waktu on the stage, student ni kata, "I'm an introvert. If it weren't for what I've learned in the US, I wouldn't be standing on this stage today."
Maksudnya, "Saya adalah seorang yang introvert. Kalau bukan kerana sistem pendidikan di America yang train saya untuk bercakap, saya tak akan menjadi speaker pada hari ini."
So ... sama ada kita suka atau tidak, that is how it works. Malaysian parents yang ada anak introvert perlu berada dalam keadaan macam American parents yang ada anak introvert. Perlu berasa stress. Bila kita rasa stress, kita treat perkara itu as a problem. Kita cari solution. Kita letak priority yang tinggi. In the end of the day, anak kita yang introvert akan tunjukkan improvement.
Tapi kalau Malaysian parents biarkan saja anak introvert untuk terus kekal introvert ... don't be surprised kalau anak susah dapat kerja yang bagus. Kalau anak dapat kerja pun, mungkin susah nak naik pangkat jadi manager and above. Management team lazimnya dipilih dikalangan orang yang extrovert sebab seorang manager perlu menguruskan team members. Untuk uruskan team members, manager perlu communicate dengan team members.
Owh by the way, America tak sibuk hadap sangat dengan A waktu UPSR. Diorang tak de pun PMR / PT3. Diorang ambil exam besar pun waktu nak masuk university nanti. Tujuan exam besar untuk college admission. Other than that, diorang just ambil exam peringkat sekolah.
Macam mana America buat student study secara consistent walau tak de exam besar? Untuk masuk university, mereka guna CGPA daripada high school. Maksudnya, sepanjang 4 tahun high school ... segala gred akan direkod dalam final CGPA.
So kalau student nak CGPA tinggi, student perlu make sure dia score sejak Year 1 di high school (mereka panggil freshman). Dan student perlu kekalkan score yang tinggi sepanjang 4 tahun berada di high school.
Jadi, untuk masuk university ... ada dua bentuk exam yang digunakan:
1) Peperiksaan besar yang bersifat standardized. Peperiksaan ini dilakukan pada waktu akhir sesi persekolahan high school.
2) Peperiksaan peringkat sekolah yang dilakukan secara konsisten. Segala gred sepanjang high school akan dikumpul dalam bentuk CGPA.
Mungkin Malaysia boleh guna sistem CGPA sewaktu sekolah menengah. Kumpulkan segala gred sekolah menengah. Letak dalam CGPA. Hantar dekat university untuk college admission. Kalau pelajar nak score seawal Form 1, pelajar kena pandai waktu sekolah rendah. Kalau nak pandai waktu sekolah rendah, jangan malas belajar.
Untuk elakkan cikgu menipu dengan bagi soalan senang, Kementerian boleh buat bank pusat soalan. Macam konsep UASA sekarang.
Lagi pun, there's no way cikgu boleh menipu. Sebab apa? Kita guna dua bentuk exam untuk kemasukan ke university: 1) Peperiksaan peringkat nasional, 2) Peperiksaan peringkat sekolah.
Kalau pelajar cemerlang waktu peperiksaan peringkat sekolah tapi teruk waktu peperiksaan peringkat nasional ... ada kemungkinan cikgu menipu. Perkara ini akan lebih obvious jika ia berlaku di peringkat sekolah. Satu sekolah cemerlang waktu ujian peringkat sekolah. Tapi sekolah yang sama teruk waktu ujian peringkat nasional.
Wow ... daripada introvert kepada CGPA. |
|
|
|
|
|
|
|
we lack facilities, aminities, expertise to abolish examinations. that is the hard truth. whatever evaluation that is not based on examination in gov schools are very vulnerable in terms lof validity. we are not ready. just buat je balik upsr n pt3 but improved. give the schools, the teachers, the students some directions. ni mcm org teraba2 dlm gelap. satu lg, while we are it, pls revise the syllabus. make it clear of what of the outcome yg u nk achieve. bukan campak semua bahan n expect semua jd elok. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cm_vungtau at 23-9-2024 10:56 PM
Orang kat kementerian tu memang kuat dengki pada yang academically inclined. Dari dulu lagi kengkonon bukan tikus makmal la. Kengkonon akademik aje takde la hebat mana. Kengkonon nak bebudak semua holistik bagai. Padahal memang kalau pekerjaan yang penting2 memang perlukan budak yang academically inclined, boleh menghafal power dan cekap menjawab peperiksaan contohnya kerjaya doktor, scientist.
Elok2 ada upsr, pt3, bebudak kuat belajar, last2 semua haru biru |
|
|
|
|
|
|
|
Adakan ajer lah upsr tuh... Xder lah budak2 tuh nak kena hadap macam ujian semata2 nak masuk asrama penuhhh. Stresss oiii budak2 tuh smpai mak bapak pung serik nak hantar pi sana sini. Makan modal jugak. Bukan semua berduit pun.
Budak makin malas belajar, kategori tunggu dan suap. Nih bukan tikus makmal lagi dah... Dah jadi tikus mondok belajar malas, bersukan malas, nih manusia
yang xcinta ilmu dah. tangan berjahit tepon 24x7. Dunia mereka di socmed jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|