CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15136|Reply: 0

[Borneo] Premier bakal berkongsi pandangan mengenai pengurusan alam sekitar negeri di Azerbaijan

[Copy link]
Post time 23-9-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari menyampaikan hadiah kepada pemenang perarakan Maulidur Rasul Peringkat Gedong pada Majlis Penangguhan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Gedong 1446H/2024M di Dewan Datuk Patinggi Ali Gedong hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal berkongsi pandangan mengenai pengurusan alam sekitar negeri ini di Baku, Azerbaijan pada November nanti.

Menurutnya, beliau dijemput untuk memberi ceramah terutama berkaitan tenaga hidrogen sebagai ekonomi baharu pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP29).

“Dua minggu lalu, saya berada di Singapura  dan selepas ini saya akan ke Baku, Azerbaijan untuk berkongsi pandangan saya mengenai pengurusan alam sekitar.
"Jadi, terpaksalah saya pergi dengan penerbangan lapan jam dan balik lagi lapan jam," katanya sambil berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Gedong 1446H/2024M di Dewan Datuk Patinggi Ali Gedong hari ini.

Abang Johari sebelum ini menerima jemputan untuk menghadiri persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan yang dijadualkan berlangsung pada November.

Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia Irfan Davudov telah menyampaikan jemputan itu kepada Abang Johari semasa mengadakan kunjungan hormat di Sarawak pada Mei lalu.

Dalam pada itu, Abang Johari mengajak pemimpin Islam untuk meneladani kepimpinan Nabi Muhammad SAW menguruskan dunia dengan menggunakan satu pendekatan yang disebut seimbang.

“Ini termasuk mengambil kira kehendak manusia sekali gus keadaan sekeliling, yang dalam bahasa Arab disebut konsep muqarabah.

“Sekiranya alam sekitar kita tidak diurus dengan baik, maka kehidupan manusia akan terjejas kerana udara tidak bersih dan boleh menimbulkan risiko pesakit,” ujarnya.

Ketika ini kata beliau, keadaan iklim tidak menentu dan kemungkinan besar terjejas oleh sikap manusia sendiri dalam pengurusan alam sekitar.

“Sebab itulah kita di Sarawak mahu menguruskan negeri dengan baik termasuk mengambil kira hal alam sekitar seperti memperkenalkan hidrogen.

“Kerana dari sudut sains, hidrogen adalah sumber tenaga paling bersih dan Tuhan beri kita air, tasik serta air hujan yang boleh kita gunakan dengan teknologi terkini untuk menghasilkan tenaga hidrogen,” jelasnya.

Terdahulu, Abang Johari turut menyertai perarakan  Maulidur Rasul bersama 19 kontinjen dari kampung-kampung sekitar Gedong.

Perarakan yang bermula kira-kira jam 8 pagi semalam melibatkan jarak lebih 1.5 kilometer.

Semasa perarakan itu, Abang Johari juga singgah di setiap pintu gerbang kampung dan kehadirannya disambut rakyat dengan pelbagai hidangan istimewa seperti kuih-muih.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.072246 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list