CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18403|Reply: 0

[Borneo] Para SUKMA XXI tekankan kepentingan sukan sebagai asas kukuh kerjasama, perpaduan

[Copy link]
Post time 23-9-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode


Awang Tengah berucap mewakili Premier Sarawak pada Majlis Makan Malam Para SUKMA XXI Sarawak 2024 malam Sabtu.
KUCHING: Para Sukan Malaysia XXI (Para SUKMA XXI) 2024 Sarawak antara acara berprestij yang menekankan kepentingan sukan sebagai asas untuk mengukuhkan kerjasama dan perpaduan dalam masyarakat.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan khususnya atlet para dalam temasya seperti itu bukan sahaja memupuk rasa hormat menghormati tetapi menjadi asas kestabilan sosioekonomi negeri dan negara.

"Ini adalah aspek penting untuk memastikan kestabilan dan kesejahteraan negeri dan negara kita. Rakyat berbilang kaum dan agama boleh hidup dalam harmoni.

"Pada masa sama, keselamatan menjadi keutamaan ketika kita memfokus kepada usaha membangunkan semua aspek yang memperkukuhkan lagi kesejahteraan komuniti," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Hikmah Exchange Centre di sini, malam Sabtu.

Awang Tengah menambah, Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah melaksanakan pelbagai inisiatif khusus untuk atlet orang kurang upaya (OKU) sebagai fokus utama.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menyokong atlet istimewa ini, kerana mereka adalah aset berharga kepada negara,” katanya.

Terdahulu, Awang Tengah menyampaikan cenderamata kepada Chef de Mission (CDM) setiap negeri pada majlis itu, sebagai mengalu-alukan kedatangan mereka ke Sarawak.  

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Belia dan Sukan Malaysia Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Adam Adli, kedua-dua Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus dan Datuk Muhammad Razi Sitam selaku Chef de Mission Kontinjen Para SUKMA Sarawak serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Para SUKMA 2024 Datu Hii Chang Kee.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.404694 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list