MIRI: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memeriksa pukat yang dipasangnya di tebing sungai di Batu Empat, Kuala Baram di sini, dijumpai meninggal dunia dengan kesan gigitan pada anggota badannya.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat Minggu Ikum, 59, ditemui terapung pada jam 1.45 petang tadi.
Ketika diperiksa, katanya, mayat kehilangan anggota badan pada sebelah tangan dan bahagian kaki kiri.
“Ia ditemui kira-kira empat kilometer dari Pusat Kawalan Operasi MIRI: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memeriksa pukat yang dipasangnya di tebing sungai di Batu Empat, Kuala Baram di sini, dijumpai meninggal dunia dengan kesan gigitan pada anggota badannya.Bomba (PKB) sebelum diserahkan kepada pihak polis.
“Dengan penemuan itu, operasi tamat pada jam 2.30 petang,” katanya.
Dalam insiden yang dilaporkan pada Ahad itu, mangsa dikatakan turun ke tebing sungai berkenaan namun tidak kembali ke rumah hingga jam 5 petang.
Anaknya kemudian memeriksa lokasi di mana bapanya memasang pukat selepas cubaannya untuk menghubungi telefon bimbit mangsa tidak berjaya.
Bimbang tentang keselamatan bapanya, anak mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum operasi pencarian dilancarkan.
|