View: 33929|Reply: 2
|
Anggota Tentera Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) Maut Ditembak Pemburu Haram Ketika Jalani Latihan
[Copy link]
|
|
Seorang anggota tentera berpangkat Koperal dilaporkan maut akibat terkena tembakan dipercayai dilepaskan pemburu haram.
Memetik laporan Berita Harian, insiden itu berlaku ketika mangsa dari Batalion Ke-3, Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) sedang menjalani latihan Eksesais Pasak Bumi Siri 2/2024 di kawasan hutan di Song dalam Bahagian Kapit, awal pagi Isnin.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak iaitu Datuk Mancha Ata, mangsa, 28, yang mengalami kecederaan pada pinggang dan paha kiri disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kapit, pada jam 7.43 pagi tadi.
Polis menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di kawasan hutan Batu 5 Jalan Balak Multiplus, Song itu pada jam 5.57 pagi hari ini.
Pengadu memaklumkan bahawa seorang anggota tentera yang sedang menjalani latihan terkena tembakan disyaki dilepaskan oleh orang awam yang memburu di kawasan itu.
Difahamkan, bantuan tiba di tempat kejadian pada jam 3.20 pagi dan mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Song sebelum dipindahkan ke Hospital Kapit.
Ketika dalam perjalanan ke hospital, mangsa yang berada dalam keadaan lemah telah mengalami muntah darah sebanyak dua kali.
Kes masih dalam siasatan lanjut dan polis melancarkan gerakan memburu suspek.
Sumber: Berita Harian, Oh Bulan |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailaihirojiun, maut ketika bertugas, insyaallah syahid |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
| |
|