View: 35409|Reply: 10
|
Lelaki dengar bisikan halus nyaris terjatuh dari Jambatan Tendong
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU – Seorang buruh yang dipercayai terdengar bisikan halus sempat diselamatkan oleh orang awam daripada terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, di sini hari ini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Suhardi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.22 malam sebelum anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, semasa tiba di jambatan tersebut, lelaki berusia 29 tahun itu sudah dipegang oleh orang awam untuk mengelakkan dia daripada terjatuh ke dalam sungai.
“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memujuk lelaki itu daripada cuba untuk terjun.
“Lelaki itu membatalkan hasrat itu selepas isterinya yang berusia 29 tahun tiba di lokasi kejadian dan memujuk mangsa,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Suhardi memberitahu, siasatan mendapati, mangsa memandu kereta jenis Proton Gen-2 dan berhenti sebelum bertindak memanjat pagar jambatan itu.
Beliau berkata, isterinya memaklumkan bahawa lelaki itu sebelum ini mengalami masalah mental.
Tambahnya, lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba buat urine test tengok ada ambik dadah tak. |
|
|
|
|
|
|
|
Hasutan iblis ni real ya, dia akan hasut kau buat benda bukan2. Ada yg jadi murung la. Cepat2 istighfar dan dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan denhar ceramah ustaz2 di youtube, buka mutiara kata yang bagi kau semangat hidup baru. Bro ni kerja buruh, hidup dia mesti penuh tekanan sebab sekarang kos sara hidup dah meningkat. Ingat dunia ni penjara untuk umat islam beriman. Akhirat sana yang kekal selamanya. Hidup di dunia hanya sekejap saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Tekanan mental@ perasaan la ni...kalau bukan dadah la |
|
|
|
|
|
|
|
AKU hanya pernah dengar....'Careless Whisper'... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam dadih je.. kaki besor puntung penyapu je |
|
|
|
|
|
|
|
Diharapkan buat solat hajat apa2 ke biar la kt masjid dekat area tu jgk, bkn la ditutup jambatan tu lg. Dh mcm thaipusam da nk tutup2 jln. Bkn dh psg jaring ke katanya xnk org terjun lg. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kecoh kene tutup 16jam,buat mjlis doa selamat, solat hajat bagai
aku rasa, psg cctv, drone ,dgn turret gun, tembak je sapa2 nak melompat jambatan tu
tembak dgn pelali cap gajah la
biar jatuh msuk jaring
takde susahkan bomba,polis smbil drama 2,3 jam kt situ |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok fizikal dan jenis pekerjaan macam ambil barang je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|