CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26977|Reply: 0

Lebih 430,000 orang terjejas hujan lebat disebabkan Taufan Bebinca di tengah China

[Copy link]
Post time 24-9-2024 11:13 PM | Show all posts |Read mode





ZHENGZHOU: Lebih 430,000 orang di bandar Shangqiu, Wilayah Henan di tengah China, terjejas oleh hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Bebinca, kata pihak berkuasa tempatan hari ini, lapor Xinhua.


Kebanyakan bahagian Shangqiu dilanda hujan lebat dari 8 pagi pada 17 September hingga 6 pagi pada 19 September, yang mengakibatkan banjir di 69 perbandaran di Shangqiu, dengan hujan mencecah setinggi 625.9 mm, menurut jabatan meteorologi, pengurusan kecemasan dan air di bandar itu.


Setakat 6 petang Isnin, lebih 433,000 penduduk terjejas dan 5,119 orang telah dipindahkan.


Walaupun hujan lebat telah berhenti di Shangqiu, beberapa kawasan di bandar itu masih mengalami genangan air. Kakitangan tindak balas kecemasan dan penyelamat bersiap sedia untuk menguruskan keadaan.


Bebinca, taufan ke-13 tahun ini, mendarat di Shanghai pada 16 September. Ia dipercayai taufan terkuat yang melanda metropolis itu dalam tempoh 75 tahun.


Walaupun Pusat Meteorologi Kebangsaan China berhenti menjumlahkan Taufan Bebinca pada 11 malam pada 18 September, kesannya membawa kepada ribut hujan lebat di Henan dan kawasan lain.




Sumber :- BERNAMA-XINHUA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.405470 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list