CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14283|Reply: 0

[Sabah] Nurima, adik tiri didakwa bunuh pemandu e-hailing

[Copy link]
Post time 25-9-2024 09:06 AM | Show all posts |Read mode


PROSIDING: Nurima dan adik tirinya diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Suspek kes bunuh pemandu e-hailing, Nurima Juli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Tawau atas pertuduhan membunuh bekas suaminya di sebuah ladang kelapa sawit di sini, tahun lalu.

Nurima, 34, bersama adik tirinya Sadam Kiram,30, yang dituduh mencapai niat bersama membunuh mangsa berusia 61 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas, di sini, antara jam 7.30 malam hingga 11.30 malam, pada 13 Januari 2023.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sebat tidak kurang 12 kali, jika tidak dikenakan hukuman mati.

Duncan bagaimanapun, menetapkan 18 Oktober ini bagi semakan kes serta status permohonan kebenaran pengecualian untuk mendengar kes terbabit daripada Hakim Besar Sabah Sarawak.

Dalam prosiding itu, Duncan memberitahu tidak dapat mendengar kes berkenaan bagi mengelak ketidakadilan dan penghakiman berat sebelah memandangkan sebelum ini pernah menjadi hakim bagi kes bunuh itu ketika Nurima tampil sebagai saksi utama pihak pendakwaan.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif yang mewakili Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fakhrurazi Ahmad Salim, manakala tertuduh Nurima diwakili peguam Mark Rosaidey Mohd Amin dan Sadam diwakili peguam Jhassary P Kang.

Terdahulu, pada 25 Januari lalu, lapan individu dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini atas kematian Nurman.

Namun, mereka dilepas dan dibebaskan selepas pendakwaan tidak mahu meneruskan kes selepas mendengar keterangan Nurima yang mengaku membunuh Nurman.

Nurima membuat pengakuan ketika itu bahawa telah menikam Nurman dengan gunting selepas berlaku pertengkaran di dalam sebuah kereta di ladang kelapa sawit pada malam 13 Januari tahun lepas.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.051187 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list