CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23387|Reply: 0

[Sarawak] Penggubal undang-undang di Sarawak perlu meluluskan undang-undang berkaitan emas

[Copy link]
Post time 25-9-2024 10:32 AM | Show all posts |Read mode


Soo ketika bercakap kepada pemberita pada sidang media pelancaran eBooknya yang bertajuk; 'Gold is no Sexy! hari ini.

KUCHINGenggubal undang-undang di Sarawak perlu meluluskan undang-undang berkaitan emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diterima sebagai tender yang sah di sini.

Penulis buku dalam talian eBook berjudul: Gold Is Not Sexy, Lina Soo membuat seruan tersebut pada sidang media sempena pelancaran buku eBooknya yang berjudul 'Gold is no Sexy! hari ini.

"Daripada menunggu saatnya Sarawak untuk memiliki mata wangnya sendiri, kita boleh menjadikan emas sebagai tender yang sah menerusi Jongkong Emas Sarawak atau Akta ‘Specie Legal Tender'," katanya.

Tambahnya, emas sebagai tender sah menyediakan platform kewangan yang beroperasi dalam pematuhan peraturan sambil mengekalkan kebebasan daripada sistem kewangan tradisional.

Dengan pengiktirafan undang-undang Sarawak terhadap emas sebagai bentuk mata wang yang sah undang-undang ini akan mengukuhkan prinsip autonomi kewangan, keselamatan dan keadilan ekonomi, ujarnya menegaskan.

Pada masa yang sama, menawarkan Kerajaan Sarawak dan rakyatnya sebuah bentuk mata wang yang stabil dan boleh dipercayai bagi melindunginya daripada inflasi.

Termasuk kata Lina, menggariskan praktis dan potensi untuk merevolusikan cara kita berfikir dan menggunakan wang tersebut, memastikan masa depan di mana keselamatan ekonomi dan kebebasan kewangan Sarawak boleh diutamakan.

"Emas sebagai tender sah menyediakan platform kewangan yang beroperasi dalam pematuhan peraturan sambil mengekalkan kebebasan daripada sistem mata wang.

"Emas juga memberi satu lagi peluang untuk mencipta perniagaan baharu bagi Sarawak – membina simpanan emas atau kulong emas (yang biasanya di bawah tanah)," jelas beliau.

Penyimpanan emas merupakan perkhidmatan kewangan khusus yang disediakan dan mendapat permintaan oleh bank pusat, organisasi antarabangsa, kerajaan dan pelabur swasta yang memerlukan perkhidmatan simpanan emas yang selamat dan terjamin.

Maka itu, beliau berkata dalam rancangan Sarawak untuk membina sebuah lapangan terbang canggih yang diilhamkan oleh Lapang Terbang Doha beliau mencadangkan perkara tersebut.

Sarawak juga boleh merebut peluang untuk menempatkan perkhidmatan peti besi untuk emas di dalam reka bentuk lapangan terbang barunya itu nanti.

"Sama seperti depositori emas yang terletak bersebelahan Lapangan Terbang Changi, kemudahan canggih Le Freeport dan mereka boleh menghatar emas ke mana-mana sahaja di dunia.

"Sarawak mempunyai kelebihan untuk menempatkan simpanan emas yang selamat dan terjamin – geologi yang berterusan, kerajaan yang stabil dan berkecuali dalam politik dunia," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.032370 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list