CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19746|Reply: 1

[Sarawak] Edar dadah: Lelaki lepas hukum gantung, diringan kepada penjara 10 tahun

[Copy link]
Post time 26-9-2024 01:30 PM | Show all posts |Read mode


Shankar (kanan) bercakap dengan Lee selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Kuching, hari ini.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 37 tahun terlepas daripada hukuman gantung hari ini selepas Mahkamah Persekutuan meringankan hukuman mati ke atasnya kepada penjara 10 tahun kerana mengedar dadah.

Lee Gnan Hoe dibebaskan daripada pertuduhan pertama mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (DDA) 1952 dan mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 39A(2) DDA 1952 yang boleh dihukum penjara 10 tahun.

Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 12(2) DDA 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 12(3) Akta yang sama, Lee dibebaskan kerana tiada penemuan dibuat oleh Mahkamah Tinggi mengenai hukuman itu.  

Lee ditahan pada 30 September 2017 dan menghadapi perbicaraan dengan pihak pembelaan dipanggil pada 30 Oktober 2018, namun dia disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan dan dijatuhi hukuman mati.

Pada 25 Ogos 2022, rayuan Lee kepada Mahkamah Rayuan telah ditolak.

Hukuman Lee hari ini dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim, PMR, Datuk Seri Hasnah Datuk Mohammed Hashim dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Pendakwaan kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, manakala Lee diwakili peguam Shankar Ram Asnani dan Lai Eddy.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
So, kira dia bernasib baik la ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.121871 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list