CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37916|Reply: 12

[Tempatan] PMX Anwar Ibrahim: Kalau kamu tak salah, kenapa takut isytihar harta?, #2, 'Kalau ada pihak minta esok isytihar harta, esok juga saya buat' - PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 26-9-2024 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 26-9-2024 10:39 AM

‘Kalau kamu tak salah, kenapa takut isytihar harta?’

https://www.malaysiakini.com/news/720639

Shahrin Aizat Noorshahrizam
Diterbitkan:  Sep 26, 2024 6:09 PM⋅
Dikemaskini: 6:09 PM



Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas ahli politik yang keberatan untuk mengisytiharkan harta.

Menekankan kepentingan ketelusan dalam tadbir urus, Anwar mempersoalkan keengganan mereka untuk berbuat demikian.

“Kalau kamu tidak salah, apa takut isytihar harta?” soal Anwar tanpa menyebut sebarang nama secara khusus.

Dia membangkitkan perkara itu ketika berucap di sebuah majlis di Bukit Jalil, di mana dia menyentuh usaha kerajaan sekarang memerangi rasuah dan salah urus kewangan.

Anwar berkata ahli politik, terutama yang memegang jawatan tinggi seperti perdana menteri dan menteri kewangan, perlu dipertanggungjawabkan dengan standard yang lebih tinggi.

“apabila kita suruh isytihar harta, (mereka) marah, dendam. Apa dendam?” soalnya lagi.

Anwar turut menyuarakan komitmennya terhadap ketelusan dan berkata dia tiada masalah untuk mengisytiharkan harta sekali lagi jika perlu.

“Kalau esok saya diminta untuk isytihar harta sekali lagi, saya (akan) isytihar. Koreklah sedalam mana pun. Barulah kita boleh jadi pemimpin dan jadi contoh,” katanya lagi.

Sebelum ini, PN sebulat suara menolak memorandum persefahaman (MOU) berhubung peruntukan untuk wakil rakyatnya yang dirangka kerajaan.

MOU itu antara lain mensyaratkan ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka.

Ketua Whip Takiyuddin Hassan menggesa MOU baru dirangka, mendakwa draf sekarang tidak mengambil kira pandangan mereka.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof  yang mewakili kerajaan dalam rundingan dengan PN berkata, kerajaan untuk merangka MOU baru dan berkata draf sedia ada boleh menjadi asas perbincangan.

Anwar menegaskan rasuah kekal sebagai isu besar, dengan ahli politik sering menggunakan kaum dan agama untuk menutup kesalahan mereka.

“...Orang kadang-kadang bicara soal Melayu atau agama dan Islam, tapi sebenarnya merompak hasil kekayaan negara.

“Negara mana boleh maju kalau ada tiris, dan tirisnya bukan sedikit tapi ratus juta, bilion ringgit,” katanya lagi, sambil menambah tata kelola yang baik juga dapat mengangkat darjat Islam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2024 06:39 PM | Show all posts
'Kalau ada pihak minta esok isytihar harta, esok juga saya buat' - Anwar

https://www.bharian.com.my/berit ... uga-saya-buat-anwar

Oleh BERNAMA - September 26, 2024 @ 6:22pm


Anwar ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Taman Alam Sutera, Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau sedia untuk mengisytiharkan harta pada bila-bila masa.

"Saya, kalau ada (pihak) minta esok (isytihar) harta, esok juga saya buat, koreklah banyak mana pun... baru boleh jadi pemimpin, jadi contoh.

"Jika tidak, apa yang kita nak ajar kepada rakyat kerana antara cara untuk angkat darjat Islam itu ialah dengan tatakelola yang baik.

"Ini (ada pihak) apabila suruh isytihar harta marah, (cakap kerana) dendam, apa dendam? Kalau kamu tak salah, buat apa takut isytihar harta?" katanya dalam ucapan ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kompleks Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz di Taman Alam Sutera di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pengisytiharan harta, yang juga antara syarat terkandung dalam Memorandum Persefahaman berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, hanya perlu dilakukan apabila melibatkan anggota pentadbiran seperti diamalkan oleh kerajaan terdahulu.

Anwar juga berkata, kerajaan pimpinannya sedang berperang dengan rasuah dan penyelewengan.

"Ada pihak bicara soal Melayu, agama dan Islam tapi sebenarnya rompak hasil dan kekayaan negara. Saya tidak mahu hal ini berlaku, saya tidak maksud dah berlaku di sini.

"Dalam keadaan kita semak hampir setiap kontrak, ada sahaja bocornya, ada sahaja hilang dananya. Negara mana mampu maju kalau tiap kali ada tiris dan ia bukan sedikit, ratusan juta dan bilion," katanya. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuart ni suka nau guna perkataan ESOK..... cth menang hari ni ESOK turun rega minyak, ESOK sy saman tun.....bla bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 07:52 PM | Show all posts
Kenapa tak apply to all politicians..??
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ESOK masih ada
Tiada ESOK bg mu

Sepesen dgn arwah jins le ye gemorkan perkataan ESOK nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
MP kerajaan semua dah istihar harta ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2024 09:21 PM | Show all posts
xy_daen replied at 26-9-2024 07:55 PM
MP kerajaan semua dah istihar harta ke?

Takde akta digubal utk perisytiharan harta hanya sukarela. Kalau declare pun sekadar wayang. Jadi MP tapi takde harta. Logik ke? Dan2 sekarang  nak impose ke pembangkang plak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 26-9-2024 09:21 PM
Takde akta digubal utk perisytiharan harta hanya sukarela. Kalau declare pun sekadar wayang. Jadi  ...

Adil ke imposed ke pembangkang sahaja sedangkan yang memerintah sekarang tak diwajibkan untuk istihar harta? Atau semata2 nak wujudkan persepsi yang pembangkang korup?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Saiya suda lama simpan saiya punya wang sama saiya kroni..dia worang meniaga punya..u chek saiya akaun rm1500(gaji minima/mun)...ada la...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
nak jugak nengok jumlah rete wak
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 01:16 AM | Show all posts
nak istihar berapa kali sebulan? 47 kali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaki kencing ni mana berani nak isytihar harta sgt pon..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena diminta dulu ya, x diminta nan hadoo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.209561 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list