View: 37444|Reply: 7
|
[Dunia]
Syarikat Elon Musk mahu melabur lebih RM6 bilion di Vietnam
[Copy link]
|
|
Syarikat Elon Musk mahu melabur lebih RM6 bilion di Vietnam
https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... -bilion-di-vietnam/
Oleh KOSMO!
26 September 2024, 6:00 pm
PRESIDEN Vietnam, To Lam berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-79 di Bandar Raya New York kelmarin. – AFP
HANOI – Syarikat milik Elon Musk, SpaceX merancang melabur AS$1.5 bilion(RM6.2 bilion) di Vietnam, kata agensi berita rasmi tempatan ketika Hanoi berusaha meningkatkan tarikannya sebagai destinasi pelaburan untuk syarikat-syarikat terbesar dunia.
Ketika lawatan ke New York minggu ini, pemimpin kanan Vietnam, To Lam bertemu bos SpaceX, Tim Hughes yang berkata, beliau menilai tinggi potensi Vietnam untuk projek satelit internet firma tersebut, kata agensi berita rasmi VNA semalam.
“Pemerintah sedang menimbang cadangan pelaburan tersebut,” VNA melaporkan Lam sebagai berkata.
Hughes merupakan Naib Presiden Kanan untuk hal ehwal perniagaan dan kerajaan SpaceX. Beliau dilaporkan berkata, SpaceX mahu menyuntik pelaburan AS$1.5 bilion di Vietnam dalam masa terdekat.
Vietnam yang sudah lama menjadi destinasi kos rendah untuk pengeluaran pakaian, kasut dan perabot kini mengintai peningkatan dalam sektor pembuatan serta bekalan global.
Semasa lawatannya, Lam mengadakan pertemuan dengan bos-bos firma utama Amerika Syarikat termasuk Google, Apple, Meta dan firma teknologi maklumat, Supermicro. – AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
vietnam gaji pekerja dia paling murah antara kita ( thailand malaysia indonesia Filipina ) |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 27-9-2024 01:26 AM
vietnam gaji pekerja dia paling murah antara kita ( thailand malaysia indonesia Filipina )
Negara Amerika invest di Negara Komunis |
|
|
|
|
|
|
|
shida81 replied at 27-9-2024 06:35 AM
Jgn kene kencing sudah
Itulah, malaysia n indonesia dah kena scammed haritu. |
|
|
|
|
|
|
|
lor madanon beriya kata melabur di malaysia
madanon kata lahhhh
dia kan pm terbaik yang bawa masuk banyaaaaaakkk pelaburan di malaysia
ringgit mengukuh pn sebab madanon |
|
|
|
|
|
|
|
Kos buruh murah. Rakyat berpendidikan. Utk kerja manufacturing kos di Malaysia lebih tinggi. Bagi yang tahu,Vietnam sudah pun mengeluarkan kereta elektrik mereka sendiei, iaitu vinfast. Kereta tu pun dah export ke US. Malaysia ada? |
|
|
|
|
|
|
|
macam merepek je. spacex sebab main roket dikawal undang2 usa |
|
|
|
|
|
|
| |
|