CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35029|Reply: 10

Beras Jepun dijual RM450 sekilogram

[Copy link]
Post time 26-9-2024 11:36 PM | Show all posts |Read mode





TOKYO – Sejenis beras ‘artisanal’  dari Jepun menempa nama dalam Guinness World Records sebagai beras termahal dunia dan dijual pada harga mencecah AS$109 (RM450) untuk satu kilogram, lapor laman berita Oddity Central semalam.


Beras Kinmemai Premium keluaran syarikat Toyo Rice Corporation dikatakan mempunyai nilai khasiat yang unggul berbanding beras konvensional, serta rasa kekacang yang lazat. Ia juga tidak perlu dibilas dalam air sebelum dimasak.


Beras tersebut  kelihatan seperti berlian kecil berikutan proses penggilapan dipatenkan. Ia  menghilangkan lapisan lilin yang tidak boleh dimakan.


Kinmemai Premium dipilih sendiri oleh pakar Toyo Rice, manakala petani dibayar kira-kira lapan kali ganda daripada harga biasa untuk menghasilkan hanya beras  terbaik.


Diiklankan sebagai ‘beras terbaik dunia’, Kinmemai Premium dijual dalam paket 140 gram.


Ia menempa rekod dunia untuk beras paling mahal pada 2016 pada harga AS$109 sekilogram, namun inflasi telah melonjakkan harganya. – AGENSI


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan makan lauk kalau masak beraa ni. Enjoice the pure taste of kununnya best rice in the werld. Ni buat onigiri ngam la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-9-2024 11:47 PM
Jangan makan lauk kalau masak beraa ni. Enjoice the pure taste of kununnya best rice in the werld. N ...

Yezza..buat nasi kepal je..
Iols suka makan beras sushi dgn ayam goreng
Entah kenapa..mcm best je
Bg iols sesuai plak kombinasi tu hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 26-9-2024 10:49 PM
Yezza..buat nasi kepal je..
Iols suka makan beras sushi dgn ayam goreng
Entah kenapa..mcm best je

Buat pekasam sedap kot beras Jepon ni kan. Boleh la jual rega kayangan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau malaysia, beras bario. Itupon x pernah rasa beras bario ni. Beras kinmemai ni agaknya kalau jatuh sebutir pon kutip kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 10:17 AM | Show all posts
Diiklankan sebagai ‘beras terbaik dunia’, Kinmemai Premium dijual dalam paket 140 gram. = rm63 sepeket

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2024 10:19 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 27-9-2024 07:04 AM
Kalau malaysia, beras bario. Itupon x pernah rasa beras bario ni. Beras kinmemai ni agaknya kalau ja ...

segram 45 sen sis



spt kata raja farah, "sebutir beras ibarat setitis peluh petani"


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 27-9-2024 10:19 AM
segram 45 sen sis



Masak kena guna periuk zero kerak punya. Baru fully utilise
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 10:51 AM | Show all posts
nak masak pun xsampai hati la. mahal sangat beras nya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Padi2 bukit belah Borneo pun mahal2 susah nak jumpa. Packaging pun kecik2 je. Nak hantar keluar dari tempat tanam pun makan masa sehari suntuk pakai 4x4
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 02:55 PM | Show all posts
beras mahai ni kalau sekali sekala makan nasi takpe gak
kalau hari2 dok tanak nasik 3 pot
naya weh
korang pernah try tak cauliflower yang diblend jadikan macam beras tu?
sedap tak? nampak menarik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 1.413613 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list