CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62807|Reply: 19

[Tempatan] 'Saka tua tak nak ungkit kisah lama banduan terhormat'

[Copy link]
Post time 27-9-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode
'Saka tua tak nak ungkit kisah lama banduan terhormat'

https://www.malaysiakini.com/news/720720

Diterbitkan:  Sep 27, 2024 2:18 PM
Dikemaskini: 2:52 PM



Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak mahu mengungkit kisah lama tetapi merasakan perlu untuk berkongsi pandangannya selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai "banduan terhormat" yang dipenjarakan akibat konspirasi politik jahat terhadapnya.

"Tidak sebut nama tetapi sayalah sang saka tua yang zalim dan menindas rakyat.

"Rakyat tentu ingat semasa saya PM kali pertama dan Anwar dipecat oleh Umno pada tahun 1998, ada dua kes yang di hadapinya. Pertama kerana salah guna kuasa dan keduanya salah laku seks," kata bekas perdana menteri pada hantaran di media sosial.

Mahathir berkata Anwar disabitkan atas tuduhan pertama salah guna kuasa tetapi berjaya membatalkan sabitan tuduhan kedua (kes liwat) semasa proses rayuan.



“Namun begitu, hakim ketika membuat keputusan membebas Anwar, menyatakan bahawa mereka percaya bahawa salah laku seks itu memang benar berlaku," katanya.

Mahathir merujuk hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Abdul Hamid Mohamed, yang disebut peguam Anwar pada masa itu, mendiang Karpal Singh sebagai hakim yang bercanggah dengan dirinya sendiri apabila menyatakan terdapat bukti menunjukkan anak guamnya terlibat aktiviti homoseksual ketika membebaskannya.

Karpal meminta hakim itu untuk memadamkan kenyataan tersebut dalam penghakiman sepanjang 89 muka surat atas dasar keadilan dan penghakiman yang adil.

“Kenyataan ini telah menyebabkan sesetengah pihak mengatakan Anwar bersalah atas tuduhan homoseksual tetapi dibebaskan semata-mata atas sebab teknikal, sedangkan itu bukanlah pendirian undang-undang yang sebenar,” kata Karpal.



Anwar, yang menghabiskan lima tahun dalam penjara dari 1999 hingga 2004, bertegas tuduhan-tuduhan tersebut direka oleh Mahathir dan pihak yang bersamanya, dakwaan yang dinafikan bekas perdana menteri itu.

Pada hantarannya di Facebook, Mahathir menegaskan dia bukan lagi perdana menteri apabila Anwar dikenakan tuduhan salah laku seksual kedua, yang didakwa Anwar sebagai palsu juga.

"Tetapi ketiga-tiga peringkat mahkamah mendapati Anwar bersalah.

"Perdana menteri pada masa itu ialah Najib dan menteri dalam negeri ketika itu ialah Zahid Hamidi. Siapa dia sang saka pada masa itu tidak disebut.



"Walaupun Anwar pada 2015 telah kecam Zahid kerana menghalang Anwar dari berjumpa dengan peguamnya dalam 16 kes sivil dan jenayah," kata Mahathir yang juga bekas ahli parlimen Langkawi.

Mahathir berkata, PH yang diterajui oleh Anwar menamakan dia sebagai calon perdana menteri menjelang pilihan raya umum bersejarah 2018 dengan syarat dia menyerahkan jawatan itu kepada Anwar apabila dia meletak jawatan.

“Saya juga bersetuju untuk Anwar yang masih ada hanya satu tahun dalam penjara dibebaskan.

"Malang bagi Anwar, kerajaan Pakatan Harapan jatuh apabila enam wakil rakyat Bersatu dan 10 wakil rakyat PKR keluar dari Pakatan Harapan. Tidak dapatlah saya serah jawatan perdana menteri kepada Anwar.



"Yang jadi perdana menteri lepas saya ialah Muhyiddin,” tambahnya.

Pengkritik menuduh Mahathir tidak pernah berniat untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar dan hanya bersetuju dengan gencatan senjata semata-mata demi menjatuhkan Najib, perdana menteri kedua yang disokongnya dan kemudian disingkirkannya juga selepas Abdullah Ahmad Badawi.

Sabtu lalu, Anwar membidas pembangkang yang sering menggunakan statusnya sebagai bekas banduan sebagai modal untuk mengkritik pentadbirannya.

“Ya, saya memang bekas banduan, tapi banduan terhormat dengan tuduhan zalim dan keji," tegasnya.



Kata Anwar semasa menjadi mangsa kezaliman ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu, pada waktu Mahathir perdana menteri buat kali pertama, terdapat tokoh besar pembangkang yang tampil membelanya.

Dia menyebut bekas presiden PAS Allahyarham Fadzil Mohd Noor dan bekas mursyidul am PAS Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta bekas imam besar Masjid Negara yang juga tokoh maal hijrah Kedah Taib Azamudden Mohd Taib, sebagai antara mereka yang membelanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 03:48 PM | Show all posts
kisah liwat meliwat ni dah jadi isu mainstream di malaysia...lebih penting dr ekonomi
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 03:56 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
saka atokcow ijau mumia fosil PRU'99tahun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang berdu ni akan gado sampai pak jamil mampos!
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 08:07 PM | Show all posts

Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak mahu mengungkit kisah lama tetapi merasakan perlu selepas Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai "banduan terhormat"


Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak mahu mengungkit kisah lama tetapi merasakan perlu untuk berkongsi pandangannya.  Ini selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai "banduan terhormat".  





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakapeliwat Pujaan konco2 jubotaik  @manop @stingertaik @makhlukpenggoda @Tumpang-Sibok @kemaruktaik  sila hadam
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 27-9-2024 10:53 PM

Kot ye pun kemain hebat Tun M nak orchestrate semua benda sampai Hakim pun geng dia, kalau gitu baik Tun M jadi penulis buku thriller macam John Grisham atau buat movie kalah Steven Spielberg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2024 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
At least saka tua takde la mcm aljiburi masuk court sb pendakwaan kes liwat...siap bawak tilam masuk court..

Apa khabar agaknya Sukma, zizan dan Sepol sekarang ni...

Opss lupa...Jam omega china doll dah jumpa ke..

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengundi Langkawi kirim salammmm!!!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita tengok siapa yg kenaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga tun sudi tumpahkan teh byk2 psl darkside BT ni….gen stoberi mcm konco2 manoptaik ni smua mmg x tahu langsung cite di blakang tabir ni smua, maklumlah meka masih lagi dalam bentuk kejadian sperm yg kureng berkualitas tp still menetas jadi spesis baru, gen walanon yg memuja abunon yachhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
hakim Hamid tu pun masih hidup

sape tau mana nak baca yg 89 muka surat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 28-9-2024 05:07 AM
Semoga tun sudi tumpahkan teh byk2 psl darkside BT ni….gen stoberi mcm konco2 manoptaik ni smua mmg ...

aku penyokong reformasi since starting time pun dah nyampah dah depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Banduan terhormat ka terpaling ka apa kesan pada dia? Bitter selagi bernyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la terpanggil2 Tun your time is over pi lah rehat umur pun dah dekat seratus tahun reta dah tentu2 sampai 10 keturunan pun x habis anak cucu semua terjamin nak duduk overseas tak balik pun boleh.  Leave it to the others apa lagi u boleh buat nothing much now.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha, Mahathir sentap.

Kalau dah dalam kubur, boleh trigger dia bangkit dari perkuburan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak puas hati dengan Tunku Abdul Rahman. PM yang bukan pilihan dia,dia tak puas hati. PM pilihan dia pun tak puas hati. Dia sorang aje yang betul.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon Tun M tumpahkan teh sampai banjir kilat
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 10:36 AM | Show all posts
saka kerala dah habis modal ....kubu sendiri pun kena tendang keluor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.502171 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list