View: 10482|Reply: 16
|
[Tempatan]
Mahu berucap dari hati ke hati, MB Johor minta Shu Qi terjemahkan ucapannya ke dalam bahasa Mandarin
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 28-9-2024 11:08 PM
Mahu berucap dari hati ke hati, MB Johor minta Shu Qi terjemah Mandarin
https://www.malaysiakini.com/news/720797
Zarrah Morden
Diterbitkan: Sep 27, 2024 11:56 PM
Dikemaskini: 11:57 PM
PRK MAHKOTA | Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi malam ini memanggil Ahli Parlimen Kluang DAP Wong Shu Qi ke atas pentas untuk menterjemah ucapannya ke dalam bahasa Mandarin untuk hadirin yang kebanyakannya dari kaum Cina.
Dia memberitahu kira-kira 500 yang hadir di ceramah di Kampung Masjid Lama di Kluang, Johor bahawa dia ingin bercakap dengan hadirin "dari hati ke hati".
Dia seterusnya berkata dia meminta sejumlah RM60 juta daripada Belanjawan 2025 akan datang untuk pembinaan jalan baru di Kluang.
Orang ramai yang berkumpul bersorak selepas Wong menterjemah perkara itu, yang menyebabkan Onn Hafiz secara berseloroh bertanya kepadanya sama ada dia telah menterjemah dengan betul.
“Dia betul translate? Saya tengok dia tepuk macam dia sudah lulus bajet," katanya berseloroh.
Semasa berucap, dia meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan peruntukan bagi menyelesaikan isu lalu lintas di Kluang.
Selain itu, Onn Hafiz berkata dia akan bekerjasama rapat dengan Syed Hussien Syed Abdullah jika calon BN itu menang.
"Sebab kalau dia tak buat kerja.." kata Onn Hafiz, sebelum dicantas hadirin yang menjerit "rotan dia," sambil disambut ketawa hadirin lain.
"Saya akan kerjakan dia," sambung Onn Hafiz.
Ceramah ini merupakan ceramah terakhir yang diadakan oleh kerajaan perpaduan sebagai sebahagian daripada kempen untuk calon BN Syed Hussien bagi PRK Mahkota.
Perikatan Nasional mengadakan ceramah terakhirnya semalam.
Syed Hussien, yang juga Ketua Pemuda Umno Kluang, akan berdepan calon PN Mohd Haizan Jaafar untuk kerusi DUN Johor itu esok.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang Umno, Sharifah Azizah Syed Zain, pada 2 Ogos lalu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Oo..bukan Shu Qi pelakon tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tindakan bodoh dan memalukan.
Kenapa sampai kena terjemahkan dalam bahasa Mandarin?
Ini Malaysia bukan republik china..orang cina yang hadir tu takkan baru turun dari tongkang masuk malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tgk mb Johor ni meraih undi smpi mcm ni. Walhal yg buat taik Dr pusat. Tp nasib la da join pakatan taik, taik la jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sgt type C ni racist terpaling sampai tak faham bahasa rasmi negara ini...
memalukan... |
|
|
|
|
|
|
|
siap kena translate..mai dari tanah besar ke tak faham bm |
|
|
|
|
|
|
|
Kehulu kehilir gigih ‘teriak’2 Malaysian Malaysia. Ujung2 berpuluh2 tahun beberapa generasi duk kat Malaysia, bahasa Malaysia pun tak faham . |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa johor kena pakai bahasa mandarin sebagai bahasa rasmi lepas kluar msia nanti baru harmoni |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik, selalu cina Johor, fasih malay |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 27-9-2024 10:52 PM
Oo..bukan Shu Qi pelakon tu.
Aku pun ingat dia da... |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih iols dok pikiaq Shu Qi mai mesia |
|
|
|
|
|
|
|
teruk sangat dah so called malaysian ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 28-9-2024 07:19 PM
Aku pun ingat dia da...
Kita ni umur sama kot. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau terjemah bahasa isyarat boleh lagi nak brain
ini terjemah ke bahasa mandarin
aku benci perkara kau buat ni onn |
|
|
|
|
|
|
|
Napa tak translate ke bahasa jawa,Bugis,Banjar dulu?padahal ramai etnik ni dllm Johor
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanah melayu sudah 67 tahun merdeka. Mereka ni kalau lahir pada 1957 pun agak tidak munasabah masih tak faham bahasa melayu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|