CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41760|Reply: 16

[Tempatan] MRSM Terendak paling daif, uzur

[Copy link]
Post time 27-9-2024 07:28 PM | Show all posts |Read mode
MRSM Terendak paling daif, uzur

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi mendedahkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak merupakan maktab paling teruk berbanding 39 MRSM yang telah dilawati, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Beliau berkata, malah keadaan fasiliti di institut pendidikan yang berusia 41 tahun itu daif dan uzur termasuk tandas, asrama selain sebuah bilik guru yang tidak boleh digunakan demi keselamatan.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukalah AW ni. Nampak buat keje dan menitik berat soal pelajaran esp mara utk bumi. Nampak proaktif sbg pengerusi mara. So far utk perbandingan perlantikan politik, AW ni antara yg bagus …semoga terus konsisten
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada kenal budak mrsm.terendak yang sangat sombong berlagak..mentang2 la masuk mrsm

Geram.iols
Hahahaha..
Jaman bebudak kann
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 27-9-2024 09:17 PM
shernazz replied at 27-9-2024 09:03 PM
Iols ada kenal budak mrsm.terendak yang sangat sombong berlagak..mentang2 la masuk mrsm

Geram ...


Mrsm terendak ni mainly utk anak2 tentera. Mungkin semua budak asrama zaman2 budak2 ada sedikit “air” sbb tu rasa depa sombong berlagak

SG pernah pegi sekali je mrsm terendak ni, masuk jambori pengakap semalaysia. Mmg nampak lama mrsm terendak ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Karisma yang dkehendaki rakyat.
Buat keje, rajin turun padang, bertindak pantas, percakapan teratur.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 27-9-2024 07:37 PM
Sukalah AW ni. Nampak buat keje dan menitik berat soal pelajaran esp mara utk bumi. Nampak proaktif  ...

yg penting wat keje

tak kisah lantikan politik kaaa swasta kaa propesenol kaaa..yg penting walk ur talk!!!

tenguk lebai tu sme..buat keje ke? klo wat keje kelantan dah lama ada air bersih

bila oang soal..dia kata dia masa kecik pakai air telaga okkkkk jek

gaji polohan ribu rm tiap bulan..pandai syariat islam tapi hakikat nya bodoh mcm lembu

pun di undi gak...nasib ko laaa labuuuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2024 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 27-9-2024 09:03 PM
Iols ada kenal budak mrsm.terendak yang sangat sombong berlagak..mentang2 la masuk mrsm

Geram ...

mrsm...merasa sama merasa
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mrsm terendak dulu pergi sebab ada event, tengah lepak2 makan tibahhh kena sergah dengan monyet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2024 07:16 AM | Show all posts

Jumpa najis tikus, pengusaha dewan selera MRSM Terendak dikompaun RM1,000. #2, MRSM Terendak paling daif, uzur - Asyraf Wajdi

Edited by EJALTI at 27-9-2024 11:35 PM

Jumpa najis tikus, pengusaha dewan selera MRSM Terendak dikompaun RM1,000

https://www.sinarharian.com.my/a ... ak-dikompaun-rm1000

Oleh
NOR FARHANA YAACOB
27 September 2024 10:21pm


Tangkap layar video Asyraf Wajdi yang menunjukan najis tikus ditemui di ruang dewan selera MRSm berkenaan.

MELAKA - Pengusaha kantin di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak dikompaun RM1,000 selepas Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka melalui Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah menemui najis tikus di ruang dapur dewan selera.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran video di Facebook miliknya memaklumkan lawatan mengejut ke sekolah berkenaan susulan kes keracunan makanan yang berlaku sejak Khamis.

Menurutnya, seramai 48 pelajar mengalami keracunan makanan sehinggakan enam daripada mereka terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Angkatan Tentera, Terendak, Sungai Udang.

"Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan dan Hospital Tentera Kem Terendak yang telah membuat tindakan pantas bagi merawat pelajar MRSM.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sedang melakukan siasatan lanjut bagi isu ini serta akan mengambil tindakan termasuk notis penutupan dewan selera ini," katanya.

Tambahnya, turut menzahirkan perasaan sedih dengan beberapa fasiliti di institusi pendidikan itu dengan keadaan bilik guru dan tandas di bangunan akademik, tandas di asrama putera dan puteri yang banyak tidak berfungsi dan rosak.

Katanya, telah meluluskan peruntukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih empat fasiliti asas iaitu tandas-tandas di bangunan akademik, bilik guru di Jabatan Sains selain tandas-tandas di Asrama Putera dan Puteri serta pintu-pintu kelas akademik yang rosak teruk.

"Kebajikan guru dan pelajar adalah menjadi keutamaan kami di Mara dan suasana yang kondusif amat penting untuk keselesaan semua bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran," ujarnya.

Dalam pada itu beliau turut bertegas tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan kesihatan dan keselesaan pelajar.

"Saya akan terus memantau dan memastikan isu seperti ini tidak berlaku lagi, jika ianya berlaku, boleh terus laporkan kepada saya di ruangan komen Facebook ini," ujarnya lagi.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Asyraf Wajdi mendedahkan MRSM yang terletak dalam kawasan kem tentera itu merupakan maktab paling teruk berbanding 39 MRSM yang telah dilawati.

Beliau berkata, malah keadaan fasiliti di institut pendidikan yang berusia 41 tahun itu daif dan uzur termasuk tandas, asrama selain sebuah bilik guru yang tidak boleh digunakan demi keselamatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sinki tu simbah jer Clorox habis cerita. Tak yah sebok nak tukar baru. Repair paip jer dah tu maintain.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 07:35 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 27-9-2024 11:38 PM

MRSM Terendak paling daif, uzur - Asyraf Wajdi

https://www.bharian.com.my/berit ... f-uzur-asyraf-wajdi

Oleh Amir Mamat - September 27, 2024 @ 9:51pm
[email protected]


Foto ihsan Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

AYER KEROH: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mendedahkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Terendak adalah yang paling teruk dari segi keadaannya sangat daif dan uzur, berbanding 39 lagi MRSM sudah dilawati beliau.

Beliau yang mengadakan lawatan ke MRSM Terendak, Sungai Udang di sini, hari ini, mengaku amat terkejut apabila mendapati banyak kemudahan asas di institusi pendidikan itu rosak, kotor dan tidak boleh digunakan.

Malah, dapur di Dewan Selera MRSM terbabit juga didapati kotor dan menjijikkan, selain bilik air dan tandas rosak sehingga tidak boleh digunakan.

Bukan itu saja, beberapa ruang pejabat juga dilihat mengalami kerosakan sehingga mengganggu operasi pengurusan dan pentadbiran MRSM berkenaan.

"Saya melihat sendiri keadaan daif di MRSM itu. Setakat 40 MRSM yang sudah saya lawati, inilah yang paling teruk pernah saya tengok. Pada penilaian saya, MRSM Terendak berada dalam keadaan yang sangat daif dan uzur, terutama fasiliti tertentu.


Keadaan tandas rosak di MRSM Terendak. Foto ihsan Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

"Dalam konteks ini, saya akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk MARA memberi keutamaan menaik taraf kemudahan asas seperti tandas, selain ada bilik guru yang tidak boleh digunakan langsung," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2024 oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Terdahulu, Asyraf Wajdi mengadakan lawatan mengejut susulan laporan mengenai 48 pelajar MRSM Terendak mengalami keracunan makanan, malam tadi.

Susulan itu, beliau mengarahkan pengurusan MRSM Terendak menyenaraikan keutamaan berkaitan dalam tempoh sebulan, dengan menggunakan peruntukan khas yang diluluskannya berjumlah RM400,000.

"Paling penting ialah tandas, bilik guru dan asrama mesti berada pada tahap yang baik kerana saya sudah meluluskan peruntukan RM400,000 bagi tujuan penyelenggaraan kemudahan berkenaan.

"Pada saya, kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku di MRSM berusia 41 tahun berkenaan yang mempunyai 663 pelajar. Saya mengambil serius perkara ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa seramai 48 pelajar Tingkatan 1 dan 2 MRSM Terendak mengalami keracunan makanan sejak malam tadi.

"Tadi, saya bersama Pejabat Kesihatan mendapati dapur masak di Dewan Selera MRSM terbabit kotor dan mempunyai najis, selain keadaannya tidak terurus.

"Namun, pihak Pejabat Kesihatan masih melakukan siasatan mengenai punca sebenar kes keracunan makanan itu sama ada dari bahan masakan di dapur Dewan Selera itu atau makanan yang dibawa dari luar," katanya.


Foto ihsan Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Sementara itu dalam hantaran melalui Facebook pada petang tadi, Asyraf Wajdi berkata, beliau menerima banyak mesej daripada ibu bapa mengenai insiden keracunan makanan berkenaan yang turut menyebabkan enam pelajar dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melakukan siasatan lanjut dan akan mengambil tindakan, termasuk notis penutupan Dewan Selera itu.

Selain itu, katanya, beliau memberi kelulusan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih empat fasiliti asas, iaitu tandas di Bangunan Akademik, bilik guru di Jabatan Sains, tandas di Asrama Putera dan Puteri, serta pintu kelas akademik yang rosak teruk.

"Saya telah memberi tempoh sebulan kepada pihak Pengetua dan pengurusan MRSM untuk menyelesaikan isu-isu penyelenggaraan fasiliti ini.

"Kebajikan guru serta pelajar menjadi keutamaan kami di MARA, dan suasana kondusif amat penting untuk keselesaan semua bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tiada kompromi jika ia membabitkan isu kesihatan dan keselesaan pelajar.

"Saya akan terus memantau dan memastikan isu seperti ini tidak berlaku lagi. Jika ia berlaku, boleh terus laporkan kepada saya melalui ruangan komen Facebook ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
GISBH juga MRSM ni.

Pemimpin atasan gaji besar, hidup mewah,  rumah besar, kereta mewah, lifestyle hebat.

Pelajar-pelajar MRSM sekolah & tinggal kat tempat macam kem pelarian vietcong.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 09:37 AM | Show all posts
AW ni bukan ke dah lama jadi pengerusi MARA? sebelum ni takde sapa2 ke buat lawatan tgk management MRSM ni cemana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 09:37 AM | Show all posts
Kengkadang budak-budak pun satu hal juga.
Ada kemudahan, jahanam dibuatnya.
Sama la macam tandas sekolah SK lain.
Sebab dalam kepala dah tau ada tukang cuci tandas yang akan bersihkan semua tu.

Sapa-sapa sini ex-SM(P) Sri Aman PJ, boleh citer sket disiplin jaga tandas sekolah korang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Cemana budak2 hadap tempat kotor gitu? Takselera nak belajar
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 09:48 AM | Show all posts
Harap kontraktor yang dapat tender ni, jangan ko konar banyak pulak.
Kualiti so so, materials murah tapi rege tender kemain sampai bulan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2024 10:15 AM | Show all posts
dulu kalau dengar mrsm terendak je mesti tau diorang terer ragbi msa tu rasanya ada satu je mrsm kat sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.545401 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list