CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22737|Reply: 0

[Sarawak] Ribuan penduduk Miri kunjungi Program MADANI Rakyat Sarawakku Sayang

[Copy link]
Post time 28-9-2024 12:21 PM | Show all posts |Read mode


Suasana di ruang Kementerian Perpaduan Negara.

MIRI: Ribuan penduduk Miri hadir mengunjungi Program MADANI Rakyat Sarawakku Sayang di pekarangan pusat beli-belah Boulevard di sini bermula hari ini hingga Ahad.

Penduduk mula hadir seawal jam 8 pagi untuk mendapatkan barangan keperluan ditawarkan dalam Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI.

Kaunter Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dibuka untuk pemeriksaan saman dan diskaun saman.

Karnival Kerjaya juga diadakan sebagai salah satu aktiviti luar untuk pengunjung.


Pengunjung membanjiri khemah dan mengunjungi kaunter pelbagai kementerian.

Bermula jam 10 pagi, diadakan Pocket Talk Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dan Tabika Perpaduan di Pentas Utama, sementara bicara tentang Produk Cekap Air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air negara (SPAN) di Pentas Reruai.

Program diteruskan dengan bicara Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) oleh Unit Perancang Ekonomi Sarawak dan Jom Cari Kerja dengan MyFutureJobs dikendalikan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pada sebelah petang diadakan pertandingan Busana Cilik Hari Malaysia oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) pada jam 2 petang,  program Anda Jimat, Poket Selamat oleh Suruhanjaya Tenaga - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada jam 4 petang dan Building Sarawak's Future: RECODA Role in SCORE pada jam 4.30 petang.

Perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke pekarangan Boulevard disediakan bermula hari ini pada jam 8 pagi hingga 12 tengah malam dengan  kitaran bas setiap 20 hingga 30 minit.


Jualan Rahmah MADNI.

Lokasi mengambil dan menurunkan penumpang ialah di  Stadium Bandaraya Miri dan hentian bas Boulevard Miri.

Aktiviti tiga hari ini melibatkan kerjasama strategik Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi, Pejabat Perdana Menteri, PETRA dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak.

Ia berobjektif menawarkan perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat, menyebar luas dan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat.


Bicara PCDS 2030 Sarawak.

Selain itu meningkatkan pemahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan dan membina kepercayaan dan keyakinan antara kerajaan dan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka hadir pada majlis perasmian program esok, bermula jam 2.30 petang.


Suasana di Sarawak Kitchen.


Pengunjung membanjiri khemah dan mengunjungi kaunter pelbagai kementerian.


Suasana di ruang MYSED.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.043971 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list