CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36917|Reply: 0

[Tempatan] PRK Mahkota: Pasangan raja sehari bergegas mengundi dengan berbusana pengantin

[Copy link]
Post time 28-9-2024 08:46 PM | Show all posts |Read mode
PRK Mahkota: Pasangan raja sehari bergegas mengundi dengan berbusana pengantin

https://www.bharian.com.my/berit ... di-dengan-berbusana

Oleh Mohamad Fahd Rahmat - September 28, 2024 @ 7:18pm
[email protected]


Pasangan pengantin baharu, Nurarissa Shazni bersama suami gembira dapat menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRK DUN Mahkota, hari ini. - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

KLUANG: Meskipun sibuk dengan majlis nikah dan bersanding, sepasang pengantin baharu tetap menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, hari ini.

Nurarissa Shazni Kamal bersama suami, Mohammad Hafizzudin Anaffiah, kedua-duanya berusia 27 tahun, sanggup bergegas ke pusat mengundi dalam keadaan masih berpakaian busana pengantin.

"Suami mengundi lebih awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah kira-kira jam 12 tengah hari tadi, manakala saya pula bergegas ke Sekolah Agama Gunung Lambak selepas majlis bersanding di Kampung Melayu.

"Perasaan kami memang sangat teruja dan gembira walaupun keletihan kerana sibuk dengan majlis nikah pada sebelah pagi diikuti bersanding tengah hari.

"Selepas ini, kami perlu bergegas ke sesi fotografi pula," katanya ketika ditemui di Sekolah Agama Gunung Lambak.

Malah disebabkan terkejar-kejar, pengantin perempuan itu terlupa membawa kad pengenalan bagi urusan mengundi.

Namun, rakannya membantu dengan segera memandu kereta pulang semula ke kediaman serta mengambil kad pengenalan, dan Nurarissa Shazni sempat mengundi di saluran dua.

Sementara itu, Mohammad Hafizzudin yang juga eksekutif operasi di sebuah syarikat swasta berkata, mereka saling mengenali sejak dari bangku persekolahan dan mula rapat pada 2022.

"Kami mengambil masa tiga bulan untuk membuat persiapan majlis perkahwinan ini, dan memang tidak sangka ia akan berlangsung pada hari sama dengan PRK DUN Mahkota," katanya.

Proses pengundian bagi PRK DUN Mahkota berakhir selepas kesemua 20 pusat mengundi yang dibuka sejak jam 8 pagi tadi ditutup secara rasmi pada jam 6 petang.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.187540 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list