CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16406|Reply: 0

[Sarawak] Hari Cuci Malaysia usaha tingkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan kebersihan awam

[Copy link]
Post time 29-9-2024 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-9-2024 06:20 AM



Izkandar (enam kanan) bersama Wee (tujuh kanan) merakamkan kenangan bersama peserta program Hari Cuci Malaysia 2024 di Dewan Masyarakat Teku, Sibu pada Sabtu.

SIBU: Hari Cuci Malaysia 2024 memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kebersihan awam, kata Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Roseley.

Menurutnya, program itu bukan sekadar menjayakan aktiviti gotong-royong, tetapi juga mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab bersama dalam memelihara kebersihan alam sekitar.

"Kehadiran pelbagai agensi dan komuniti tempatan dalam program ini membuktikan kerjasama yang utuh dalam memastikan persekitaran kita lebih bersih, sihat dan selesa.

"Gotong-royong yang kita jalankan pada pagi ini mencerminkan semangat perpaduan dan muafakat yang sangat penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih dan indah," ujarnya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Cuci Malaysia 2024 di Dewan Masyarakat Teku di sini, hari ini.

Izkandar berkata, program yang disertai lebih 350 penduduk setempat itu dianjurkan oleh MPS dengan kerjasama Pejabat Daerah Sibu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Sibu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

"Jelas sekali pada pagi ini, kehadiran orang ramai amat menggalakkan.

"Ini menunjukkan perpaduan masyarakat kita di Sibu lebih kukuh dengan kerjasama oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira bangsa ataupun agama," ujarnya.
Katanya, matlamat besar acara tersebut ialah menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) melalui empat sasaran utama.

Menurut beliau, sasaran itu ialah bilangan penyertaan teramai, kutipan sisa pepejal terbanyak, tempoh masa terpanjang untuk gotong-royong dan pelaksanaan serentak di seluruh negara.

"Hari Cuci Malaysia 2024 adalah satu usaha nasional yang menunjukkan komitmen kita untuk menjadikan Malaysia negara yang bersih dan harmoni," tambahnya.

Turut hadir ialah Pengerusi Pengelola Kaunselor Simon Wee Kim Choon yang memuji semangat kesatuan dan kerjasama semua lapisan masyarakat yang terlibat dalam program itu.

"Hari Cuci Malaysia diadakan serentak di seluruh negara sebagai acara pembersihan terbesar yang pernah direkodkan di Malaysia," kata Wee.

Untuk rekod, Hari Cuci Malaysia yang diadakan sempena dengan Hari Pembersihan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 20 September setiap tahun, dimulakan dan dianjurkan oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.036437 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list