CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15752|Reply: 0

[Sarawak] Lapangan terbang antarabangsa Kuching yang baharu diunjur tampung sehingga 15 juta penumpang setahun

[Copy link]
Post time 29-9-2024 02:45 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari menyampaikan Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat kepada Aloysius (dua kanan) pada Majlis Makan Malam Gala Anugerah Pelancongan Kenyalang Sarawak di Kuching, malam Jumaat. Turut kelihatan, Abdul Karim (kiri) dan Ting (belakang). - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Lapangan terbang antarabangsa Kuching yang baharu diunjurkan mempunyai kapasiti untuk menampung sehingga 15 juta penumpang setahun, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, lapangan terbang baharu itu akan dilengkapi dengan teknologi terkini, selain mempunyai infrastruktur yang lancar.

“Ia merupakan pelan jangka panjang yang boleh memuatkan 15 juta penumpang, bermakna lapangan terbang itu akan menjadi besar dan infrastrukturnya akan lancar.

“Penumpang hanya perlu mendaftar masuk sekali dan proses selebihnya akan dilakukan secara digital,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Gala Anugerah Pelancongan Kenyalang Sarawak (SHTA) Ke-9 di Dewan Hikmah Exhange di sini, malam Jumaat.
Abang Johari berkata, walaupun kos pembinaan projek itu mungkin tinggi, kerajaan Sarawak akan memastikan ia merupakan pelaburan yang berbaloi.

Beliau dalam pada itu turut membandingkan pembangunan Sarawak dengan Dubai yang telah berubah secara drastik dalam tempoh 25 hingga 30 tahun lalu.

“Dubai hanyalah padang pasir pada masa lalu, tetapi dengan kebijaksanaan, mereka menubuhkan syarikat penerbangan Emirates dan menarik pelancong dan kini telah menjadi hab antarabangsa yang berkembang maju.

“Kita di Sarawak mempunyai kelebihan sumber asli, masyarakat yang bersatu padu dan kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa.

“Jika Dubai boleh melakukannya, saya pasti Sarawak juga boleh melakukannya,” katanya.

Pada majlis sama, Abang Johari turut menyampaikan Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat kepada Datu Aloysius J Dris.

Beliau diiktiraf atas sumbangan besarnya kepada industri pelancongan Sarawak yang memainkan peranan penting dalam menubuhkan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan acara ikonik Sarawak, Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF).

Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menterinya Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan tetamu kehormat lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.042161 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list