CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14217|Reply: 0

[Sarawak] BIKF akan terus jadi penggalak ekonomi untuk Bintulu

[Copy link]
Post time 29-9-2024 03:50 PM | Show all posts |Read mode


Iskandar menyempurna jahitan layang-layang besar milik seorang pelayang antarabangsa sebagai simbolik perasmian BIKF Edisi Ke-17 2024 sambil disaksi Haidar, Abang Zainuddin, Yakup (tiga, empat dan lima kanan belakang) serta yang lain.

BINTULU: Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF) akan terus menjadi penggalak ekonomi untuk Bintulu sebagai destinasi pelancongan serta merancakkan aktiviti penjaja kecil dan usahawan tempatan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sepanjang BIKF ramai pelancong datang ke Bintulu sehingga semua bilik hotel penuh ditempah dengan kadar penghuni lebih 75 peratus.

Berdasarkan rekod katanya, kadar jumlah pengunjung ke BIKF pada tahun lepas adalah melebihi 200,000 orang.

Katanya, ini memperlihatkan kelestarian alam sekitar di Bintulu melalui penganjuran BIKF ini sesuai sebagai destinasi pelancongan, beriadah dan beristirahat bersama keluarga.

Dengan objektif utamanya keterangkuman sosial katanya, sukan layang-layang juga mampu dijadikan sebagai landasan interaksi pelbagai kaum.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee dalam perasmian BIKF edisi Ke-17 2024 di Lasar Kenyalang Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, hari ini.

Abdul Karim berkata, BIKF Ke-17 yang disertai 170 peserta dari 28 negara termasuk Malaysia dan lapan negeri termasuk Sarawak adalah berasaskan konsep perpaduan, inklusiviti, kolaboratif, penjanaan ekonomi dan mempromosi pembangunan secara lestari.


Iskandar (tiga kanan) menerima cenderamata berupa sepanduk layang-layang daripada Yakup sambil disaksi Haidar (tiga kiri), Abang Zainuddin dan tetamu lainnya.

"Ia termaktub dalam Pelan Strategik Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) 2024-2030 yang bertemakan 'Low Carbon Industrial Hub 2030'," jelasnya.

Disebab itu beliau berharap penyertaan peserta BIKF itu akan terus meningkat pada tahun-tahun mendatang.

Pada masa sama katanya, BIKF juga memberi peluang kepada pengusaha dan peniaga kecil mempromosikan produk, masakan tradisional dan kraftangan tempatan dalam menjana pendapatan.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Penasihat Jawatankuasa Induk BIKF berkata, pada tahun lepas setiap peniaga secara purata telah memperolehi lebih kurang RM30,000 pendapatan kasar sepanjang festival.

Justeru melihat petanda positif tersebut, beliau yakin pendapatan purata peniaga di festival ini dijangka akan terus meningkat pada tahun ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BDA Dato Haidar Khan Asghar Khan, Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Abang Zainuddin Abang Turkey dan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) Mizool Amir Mat Drus selaku rakan strategik BIKF 2024.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.631624 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list