CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14460|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak beri balik kepada rakyat dengan sediakan infrastruktur terkini

[Copy link]
Post time 29-9-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari berucap pada majlis Jamuan Negeri bersama PM Anwar di hotel Pullman pada malam Sabtu. -Gambar PENERANGAN

MIRI: Kerajaan Sarawak memberi balik kepada rakyat dengan menyediakan kemudahan infrastruktur yang terkini menggunakan pendapatan yang diperolehi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pendapatan digunakan untuk membiayai sendiri projek-projek mega seperti jalan raya, bekalan eletrik dan air untuk rakyat di seluruh negeri ini.

"Kita mempunyai perancangan jangka panjang untuk di Sarawak. Kita beri balik kepada rakyat dengan infrastruktur yang terkini bagi kawasan-kawasan di Sarawak," jelasnya dalam ucapan aluan pada majlis Jamuan Negeri bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada malam Sabtu.

Antaranya pembinaan jambatan Marudi-Miri tanpa tol yang akan siap pada penghujung tahun ini,  pembinaan jalan dari Marudi ke Long Terawan yang menelan perbelanjaan lebih RM2 bilion dijangka siap dalam empat tahun.

Turut dirancang ialah Lebuh Raya Pesisir Utara yang menghubungkan Miri, Limbang dan Lawas menerusi Brunei yang menelan belanja RM 6 bilion.

"Ini bermakna kawasan Baram yang sebesar Pahang akan dihubungi dengan jalan raya, (serta dibekalkan) bekalan air dan elektrik.

Ini juga akan  memudahkan perhubungan kita dengan negara Brunei," jelasnya.

Selain itu kerajaan Sarawak juga akan menambah jana kuasa di Miri dengan pembinaan loji tenaga yang mampu mengeluarkan tenaga elektrik tambahan sebanyak 500 megawatt.

Abang Johari memberitahu, kesemua projek itu dibiayai sendiri oleh kerajaan Sarawak.

"Kita bersama-sama bekerja dengan negara jiran, di utara ini (Miri) dengan Brunei. Kalau di selatannya, Pontianak. Dari Pontianak dihubungkan dengan Nusantara,"tambah beliau.

Selain itu kerajaan juga akan membangunkan infrastruktur di dua tapak Warisan Dunia UNESCO di Miri iaitu di Taman Negara Mulu dan Gua Niah.

Langkah tersebut untuk memudahkan para pelancong untuk bersama menikmati apa yang ada di Sarawak.

"Sebab itu ramai kata Sarawak mempunyai pendapatan banyak, (tapi) keluar pun banyak. Untuk rakyat, kita keluarkan pendapatan kita," jelas Abang Johari.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.146709 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list