CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14503|Reply: 0

[Sarawak] Pantai Pelancongan Belawai bakal dibangun dengan kos RM161 juta

[Copy link]
Post time 29-9-2024 04:08 PM | Show all posts |Read mode


Len Talif merakam gambar bersama ketua masyarakat yang telah menerima lot persempadanan masing-masing pada majlis perasmian Penangguhan Pesta Belawai 2024 hari ini.

SARIKEI: Kerajaan Sarawak telah meluluskan projek pembangunan dan pembinaan Pantai Pelancongan Belawai yang bernilai RM161 juta.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha ini membuktikan bahawa Kerajaan Sarawak amat serius dalam membangunkan prasarana yang mencantikkan Pantai Belawai.

"Apabila projek ini siap dilaksanakan nanti, Pantai Belawai akan menjadi pantai yang cantik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan yang dapat menarik ramai pengunjung ke pantai ini nanti.

"Kesinambungan kepada usaha ini, Kerajaan Sarawak telah memantapkan jaringan dan sistem perhubungan di kawasan ini dengan melaksanakan pembinaan jalan raya serta membina jambatan untuk merancakkan lagi sektor pelancongan dan ekonomi di kawasan ini.

"Selain itu juga, usaha lain turut dilakukan untuk menarik pengunjung dari luar datang ke kawasan ini, yang dilihat mampu merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan dan ekonomi di negeri ini," kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh pada majlis perasmian Penangguhan Pesta Belawai 2024 dekat sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, beliau melihat daerah Tanjung Manis mempunyai potensi yang sangat besar untuk dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancongan.

Katanya, bagi merealisasikan matlamat dan visi tersebut semua pihak mempunyai peranan masing-masing menjadikan kawasan ini sebagai kawasan pelancongan.

"Perlu diingatkan bahawa jika terdapat produk-produk pelancongan di kawasan ini, kawasan kediaman untuk para pelancong dan pengunjung perlu disediakan.

"Dengan ketiadaan hotel di daerah ini, masyarakat perlu melihat perkara ini sebagai satu peluang perniagaan kepada mereka dengan mewujudkan kemudahan inap desa," ujarnya.

Tambah Abang Johari, Tanjung Manis khususnya Belawai kini terkenal dengan lautnya.

Katanya, kerajaan melalui Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah menanam tukun tiruan di perairan Belawai pada 2018 sebagai tempat pembiakan ikan.

"Justeru, aktiviti pertandingan memancing laut dalam yang dianjurkan di kawasan ini seringkali mendapat sambutan yang memberangsangkan.

"Aktiviti seumpama ini boleh memberi peluang kepada penduduk dalam menambah pendapatan mereka dengan menyewakan bot-bot mereka kepada kaki-kaki pancing untuk tujuan ini," tegas Abang Johari lagi.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.061099 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list