KUCHING: Satu mesyuarat dengan fokus bedah siasat (post moterm) melibatkan kontinjen Sukma Sarawak berlangsung pada 15 Oktober ini.
Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan memberitahu, mesyuarat tersebut membincangkan pelbagai perkara termasuk kedudukan jurulatiih bersama-sama pasukan masing-masing.
Tegas Awang Putrayusrie, segalanya bergantung kepada laporan setiap pasukan atau persatuan sukan terlibat.
“Apa yang pasti, kita akan membuat penilaian laporan yang dihantar setiap pasukan atau persatuan kelak.
“Andai kata ada kalangan jurulatih yang gagal melepasi sasaran yang diinginkan, mereka akan diminta menyediakan surat tunjuk sebab sebelum sebarang tindakan susulan daripada pihak kami (SSC),” tambah Awang Putrayusrie lagi.
|