CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30778|Reply: 19

[Tempatan] Imigresen tumpas sindiket bawa masuk warga asing menyamar ahli sukan

[Copy link]
Post time 6-10-2024 11:19 PM | Show all posts |Read mode
Imigresen tumpas sindiket bawa masuk warga asing menyamar ahli sukan

https://www.freemalaysiatoday.co ... enyamar-ahli-sukan/

FMT Reporters
06 Oct 2024, 05:22 PM


Jabatan Imigresen menahan 21 warga Bangladesh berusia antara 21 hingga 33 tahun menerusi operasi khas di Maluri, Kuala Lumpur, pada Khamis lepas. (Gambar Jabatan Imigresen Malaysia)

Warga asing terbabit tiba di Malaysia berpakaian sukan, bersama surat jemputan pertandingan sukan disyaki palsu, bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan sindiket membawa masuk warga asing yang menyamar sebagai ahli sukan, didalangi warga Bangladesh.

Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata, menerusi operasi khas pada Khamis lepas sekitar Maluri, Kuala Lumpur, tiga lelaki warga Bangladesh disyaki ‘sindiket’ ditahan.

“Dua lelaki warganegara Bangladesh yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) manakala seorang lelaki warganegara Bangladesh tinggal lebih masa.

Turut ditahan di lokasi sama, 18 orang lelaki warganegara Bangladesh. Kesemua yang ditahan berusia antara 21 hingga 33 tahun, katanya dalam kenyataan.

Zakaria berkata, modus operandi sindiket yang telah beroperasi selama empat bulan itu adalah membawa masuk warga asing, terutamanya dari Bangladesh, menyamar sebagai ahli sukan yang ingin menyertai pertandingan.

“Mereka juga datang dengan berpakaian sukan, menempah tiket untuk pulang semula ke Bangladesh dan menempah bilik di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur sehari sebelum tarikh perlawanan semasa masuk ke Malaysia untuk mengaburi pihak berkuasa.

Kadar bayaran yang dikenakan oleh sindiket adalah sebanyak RM2,000 hingga RM5,000 untuk setiap orang, katanya.

Menerusi serbuan itu juga, pihak berkuasa merampas 18 naskhah pasport Bangladesh, wang tunai RM990 dan surat jemputan menyertai pertandingan sukan beserta jadual pertandingan di negara ini, yang dipercayai palsu.

Zakaria berkata, kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng kerana disyaki melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Selain itu, katanya, dua lelaki rakyat Malaysia diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 11:34 PM | Show all posts
Bulan lepas group paki. Ni Bangla. Modus operandi sama, sport competition tipu. Bodoh sangat local yang sanggup rosakkan negara sendiri. Sialan betul.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk flight dhaka berbondong2 flightradar
Teknik dunki
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:01 AM | Show all posts
Menerusi serbuan itu juga, pihak berkuasa merampas 18 naskhah pasport Bangladesh, wang tunai RM990 dan surat jemputan menyertai pertandingan sukan beserta jadual pertandingan di negara ini, yang dipercayai palsu.



mesti kelakar perkataan dgn ayat2 yg dia guna
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:03 AM | Show all posts
lepas penjara + denda....masih berkeliaran di dalam Malaysia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:23 PM | Show all posts
Edited by airfilterkotor at 7-10-2024 12:59 PM

Takkan laa Imi takleh check secara online pertandingan sukan tu masa depa berjemaah beratur kat kaunter... kuarantin la sat depa ni semua sementara nak dapat pengesahan.
Lahaiii mende cenggini pun nak kena ajar ke.

Ke, wujud 'counter setting' 2.0?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2024 01:09 PM | Show all posts
begitu punya gendut, sukan apa dia main? muscle pun takde, lembik2 aja badan memasing
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tatau la nak kata bertugas demi negara atau sekadar janji ujung bulan masuk gaji.

Mende logik kot.... tengok acara sukan apa yg bangla ni kecimpung, astu perati jer fizikal masing² sebelum nak bagi pelepasan.
Kalau badan gundut² air muka pun takde watak wibawa... sah la red flag kat situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat cite crash landing on you
Nyamar jadi pasukan atlit masuk south korea
Hahah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 7-10-2024 06:54 PM
Teringat cite crash landing on you
Nyamar jadi pasukan atlit masuk south korea
Hahah

Maybe dorang inspired by citer tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnya depa yg 'terus kena tangkap' ni..hukuman nya 1 sebatan dan kena balik dlm tempoh 3 hari dari tarik ditahan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 7-10-2024 12:23 PM
Takkan laa Imi takleh check secara online pertandingan sukan tu masa depa berjemaah beratur kat kaun ...

Mana mau nye nak korin kan foreigner
Nanti kena repot dgn embassy, menjawab la officer tu...lagi satu, akan mencemar nama baik airport.
Dalam mengejar penarafan terbaik antarabangsa.

Ramai je officer kat sempadan tu jujur
Tapi takut periuk nasi kena kacau dgn isu2 aduan & kabel...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 10:21 PM | Show all posts
IzzahF replied at 7-10-2024 01:09 PM
begitu punya gendut, sukan apa dia main? muscle pun takde, lembik2 aja badan memasing

Sukaneka. sorg peserta lari dlm guni, sorg lg lumba anyam ketupat, yg perut gendut tu acara tiup belon
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 7-10-2024 06:54 PM
Teringat cite crash landing on you
Nyamar jadi pasukan atlit masuk south korea
Hahah

Mungkin amek inspirasi cerita tu la kot. Cerita korea kn worldwide tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia yg lepaskan

Dia juga amik kredit tgkp balik
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 07:44 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 8-10-2024 07:00 AM
Dia yg lepaskan

Dia juga amik kredit tgkp balik

mungkin kaedah tangkapan kot. mesti ada yg follow tgk mereka nie naik dgn siapa. dah tentu dalang yg datang amik. senang cekup semua sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2024 09:51 AM | Show all posts
dani-rox replied at 7-10-2024 10:21 PM
Sukaneka. sorg peserta lari dlm guni, sorg lg lumba anyam ketupat, yg perut gendut tu acara tiup be ...

kot ye pun nk guna alasan sport, bawak2 workout sikit kan

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 7-10-2024 06:56 PM
Maybe dorang inspired by citer tu

Iols.pung rasa gitu
Hahaha..
Nak tergelak sebab rasa peghak betul tengok
Siap nak tukar cara cakap orang seoul..hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 8-10-2024 12:30 AM
Mungkin amek inspirasi cerita tu la kot. Cerita korea kn worldwide tgk.

Itu lah pasal..
Maybe juga lah kan..
Mesti yang guna taktik ni suka tengok cite korea
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 09:51 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.050845 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list