View: 30068|Reply: 0
|
[Dunia]
Kediaman dipecah masuk, pelajar Malaysia di Jambi indon kerugian lebih RM20,000
[Copy link]
|
|
Kediaman dipecah masuk, pelajar Malaysia di Jambi kerugian lebih RM20,000
https://www.bharian.com.my/berit ... ugian-lebih-rm20000
Oleh Nor Azizah Mokhtar - Oktober 6, 2024 @ 10:58pm
[email protected]
Foto hiasan.
KUALA LUMPUR: Enam komputer riba, dua telefon bimbit serta pasport antara barang milik sembilan pelajar Malaysia di Jambi, Indonesia yang hilang selepas kediaman mereka dipecah masuk.
Kejadian berlaku minggu lalu itu menyebabkan kerugian lebih RM20,000.
Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Jambi, Hafiz Ruddy, berkata kejadian berlaku 30 September lalu ketika sembilan penuntut terbabit ke kampus untuk urusan pendaftaran.
Katanya, mereka adalah penuntut jurusan Ilmu Al-Quran dan Tafsir (Usuluddin) serta Hukum Keluarga Islam (Syariah) di Universitas Islam Negeri Sultan Thaha Saifuddin, Jambi.
"Penuntut baharu diarah menyerahkan dokumen pendaftaran, lalu mereka bersama penuntut senior yang tinggal di rumah sama ke kampus dan meninggalkan rumah dalam keadaan berkunci kira-kira jam 10 pagi.
"Semasa pulang ke rumah kira-kira jam 3.30 petang, seorang daripada mereka menyedari pintu belakang rumah terbuka dan apabila pemeriksaan dibuat mendapati barang-barang mereka hilang disyaki dicuri.
"Antara barang hilang adalah enam komputer riba, dua telefon bimbit, sebuah tablet, cincin emas dan pasport dengan nilai kerugian dianggarkan RM20,683," katanya kepada BH, hari ini.
Hafiz berkata, PKPMI yang dimaklumkan kejadian itu membuat laporan di balai polis terdekat pada hari sama, selain laporan kepada pihak universiti, PKPMI Pusat serta pihak kedutaan Malaysia.
"Pihak PKPMI cawangan juga sudah membuat satu kutipan derma kilat untuk membantu mangsa yang terbabit.
"Mengenai pasport yang hilang, kami meminta solusi kepada pihak pusat dan akan membawa mangsa ke kedutaan di Jakarta untuk tindakan lanjut," katanya.
Katanya, setakat ini dimaklumkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu dan pihak terbabit akan memaklumkan perkembangannya kelak.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|