View: 29833|Reply: 2
|
[Tempatan]
Tiada tolak ansur terhadap perlakuan tidak senonoh - Pemangku Sultan Johor
[Copy link]
|
|
Tiada tolak ansur terhadap perlakuan tidak senonoh - Pemangku Sultan Johor
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mangku-sultan-johor
Mary Victoria Dass
[email protected]
Disiarkan pada: Oktober 6, 2024 @ 6:46pm
Johor Bahru: Pemangku Sultan Johor menegaskan negeri itu tidak bertolak ansur dengan perlakuan tidak senonoh serta lucah seperti yang tular membabitkan Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi kelmarin.
Tunku Mahkota Ismail bertitah, tindakan sudah diambil terhadap pihak yang terbabit.
"Action has been taken and the culprits have been arrested. Zero tolerance in Johor," titah baginda dalam aplikasi X HRH Crown Prince of Johor, hari ini.
Sementara itu, pihak pengurusan Lotus Desaru Beach Resort & Spa (Lotus Desaru) memaklumkan pembabitan pihaknya dalam acara itu adalah terhad kepada penyediaan penginapan dan perkhidmatan makanan untuk peserta.
Dalam kenyataan, Lotus Desaru menjelaskan, acara berkenaan adalah larian amal yang disertai lebih daripada 2,000 peserta dari 42 negara, yang turut memupuk pembabitan komuniti dan meraikan semangat persahabatan antarabangsa.
Dalam kenyataan, Lotus Desaru menjelaskan, acara berkenaan adalah larian amal yang disertai lebih daripada 2,000 peserta dari 42 negara, yang turut memupuk pembabitan komuniti dan meraikan semangat persahabatan antarabangsa.
"Semua aktiviti dan program lain diuruskan sepenuhnya oleh kumpulan Pan-Asian Hash (selaku penganjur).
"Kami memahami bahawa beberapa aspek acara ini mungkin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan komuniti, (dan) sebagai penyedia perkhidmatan hospitaliti, fokus utama pihak hotel adalah untuk memberikan pengalaman berkualiti kepada tetamu," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, pihak hotel tidak terbabit dalam perancangan atau pelaksanaan sebarang aktiviti yang tidak berkaitan dengan hospitaliti.
"Lotus Desaru berkomitmen untuk memupuk hubungan positif dengan komuniti tempatan dan akan memastikan bahawa acara-acara yang akan datang dilaksanakan dengan sensitiviti dan kesedaran yang lebih tinggi," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Tiada tolak ansur, tangkapan telah dibuat' - Pemangku Sultan Johor
https://www.sinarharian.com.my/a ... mangku-sultan-johor
Oleh
NOR AZURA MD AMIN
06 Oktober 2024 06:39pm
Tunku Mahkota Ismail. Kenyataan dalam aplikasi X HRH Crown Prince of Johor, pada Ahad.
JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan negeri ini tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh serta lucah seperti yang tular melibatkan program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Desaru Kota Tinggi.
Titah baginda tindakan sudah diambil terhadap pihak yang terlibat.
“Action has been taken and the culprits have been arrested. Zero tolerance in Johor,” tulis baginda dalam aplikasi X HRH Crown Prince of Johor, pada Ahad.
Pada Sabtu, media melaporkan kerajaan negeri tidak pernah memberi kebenaran atau kelonggaran terhadap mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di Johor.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam isu tular mengenai pelancong berpakaian songsang dan tidak senonoh dalam satu program larian di Kota Tinggi.
Dalam foto dan video tersebut memaparkan sekumpulan penari wanita membuat persembahan dengan pakaian mencolok mata.
Menerusi foto tersebut, terdapat peserta yang mengenakan pakaian seperti penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Polis seterusnya menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi.
Dua lelaki warga asing dan seorang lagi warga tempatan berusia 39 hingga 70 tahun itu diberkas di sebuah hotel kira-kira jam 10 malam Sabtu, bagi membantu siasatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Berani mereka buat event macam ni di bumi Johore. Lain kali beringat ya |
|
|
|
|
|
|
| |
|