View: 33011|Reply: 0
|
[Tempatan]
15% pengguna di Seberang Perai masih tak dapat bekalan air
[Copy link]
|
|
15% pengguna di Seberang Perai masih tak dapat bekalan air
https://www.freemalaysiatoday.co ... -dapat-bekalan-air/
Bernama
07 Oct 2024, 02:37 PM
Kira-kira 118,000 pengguna di lebih 40 kawasan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan mengalami gangguan bekalan air sejak 10 malam Jumaat lalu.
Sebanyak 100,300 atau 85% pengguna di daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sudah mendapat semula bekalan air.
GEORGE TOWN: Sebanyak 100,300 atau 85% daripada 118,000 pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) sejak 4 Okt lalu mendapat semula bekalan setakat 10 pagi tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan memaklumkan ia susulan kerja penggantian dan pembaikan saluran paip air terawat utama sepanjang 1.2m di Jalan Pengkalan Tambang serta Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh siap dan berfungsi sepenuhnya.
“PBAPP telah memulakan semula pengeluaran air terawat yang optimum dan kerja air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.
Bagaimanapun, ada pengguna di beberapa kawasan SPS mengadu belum menerima bekalan air, iaitu Perkampungan Juru, Taman Seruling Emas, Sungai Duri Indah, Taman Widuri, Taman Kesumba, Jalan Sungai Duri, Persiaran Jawi Golf Resort dan Tasek Junjong, katanya dalam kenyataan.
Justeru, beliau berkata, pihaknya menugaskan kakitangan menangani isu tertentu di kawasan terlibat dan pasukan kerja PBAPP sedang mempercepat kerja de-airing saluran paip di pelbagai lokasi SPT serta SPS untuk memulihkan bekalan sepenuhnya secepat mungkin.
Kira-kira 118,000 akaun pengguna di lebih 40 kawasan SPT dan SPS mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 24 jam bermula 10 malam 4 Okt hingga 10 malam 5 Okt lalu, namun menjadualkan semula pemulihan bekalan disebabkan insiden luar jangka pada kerja pembaikan paip di Jalan Pengkalan Tambang, Seberang Perai Utara.
Langkah itu bagi membolehkan PBAPP membaiki kebocoran paip yang menjejaskan perkhidmatan di SPT dan SPS susulan penyambungan serta penggantian saluran paip baharu sepanjang 180m dekat kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh yang menelan kos RM2 juta.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|