CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34177|Reply: 3

[Tempatan] Rasionalisasi subsidi bukan untuk susahkan rakyat, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 7-10-2024 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Rasionalisasi subsidi bukan untuk susahkan rakyat, kata PM

https://www.freemalaysiatoday.co ... kan-rakyat-kata-pm/

Bernama
07 Oct 2024, 12:01 PM


Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam ucapan sebelum pelancaran Forum Megatrend Khazanah 2024, hari ini.

Anwar Ibrahim berkata berbilion ringgit dijimatkan daripada tindakan itu kini disalurkan semula kepada rakyat.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan penyesuaian tarif elektrik dan rasionalisasi subsidi diesel tidak dilaksanakan untuk menyebabkan kesakitan atau penderitaan kepada rakyat.

Anwar sebaliknya berkata berbilion ringgit yang dijimatkan daripada tindakan itu kini sedang disalurkan semula kepada rakyat melalui subsidi lain dan pemindahan tunai.

Itulah yang telah kami lakukan dan akan terus lakukan, sambil kami melangkah dengan berani dalam perjalanan melakukan reformasi struktural, katanya dalam ucapan sebelum pelancaran Forum Megatrend Khazanah 2024.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar.


Anwar berkata, kerajaan komited terhadap tadbir urus, akauntabiliti, dan keadilan sosial, yang memastikan bahawa manfaat pertumbuhan diagihkan secara adil dan saksama, serta memberikan setiap rakyat Malaysia peluang untuk berjaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 06:06 PM | Show all posts
adakah petanda ron
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Radzor at 7-10-2024 07:07 PM

rodtax sama, tol sama, jalan yg sama tp diesel mahal. kera yg tak adil adalah kera yang zalim. klu nak adil kena rationalisasi semua sekali. tapi penakut agaknye. berani dgn golongan minority je. zalim!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 08:49 AM | Show all posts
disalurkan kembali kepada rakyat?
salur ke b40 la tu.....
subsidi dapat, bantuan dapat, benda org bagi x tau nak jaga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.091012 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list