View: 38551|Reply: 15
|
Ahmad Fedtri Yahya dinobat Ikon Bahasa pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya tidak menyangka apabila dinobatkan Ikon Bahasa pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Pusat Konvensyen Ipoh, Perak, kelmarin.
Ahmad Fedtri, 43, berkata bidang yang pada awal diceburi atas dasar minat menyuntik semangat untuk terus meneroka pelbagai cabang baharu termasuk kembali menyumbang kepada masyarakat dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.
"Saya tak sangka dapat anugerah ini kerana segala aktiviti yang saya sertai berdasarkan minat. Minat yang begitu mendalam.
"Bak kata orang, bahasa itu adalah listrik dan ketagihan. Sentiasa ada terpanggil untuk menjiwainya.
"Saya bersyukur dan sentiasa bersiap sedia untuk turun padang dalam membantu segala usaha ke arah mengangkat bahasa kebangsaan," katanya kepada BH Online.
Pengacara dokumentari Islamik terbitan TV3, Jejak Rasul yang terkenal dengan lantunan kata-kata puitis itu turut menasihati anak muda supaya menjulang kekayaan bahasa kebangsaan.
"Jika ada bakat dan kebolehan dalam bidang berkaitan bahasa, ingatlah yang ingin kita julang ialah kekayaan bahasa, bukanlah diri sendiri.
"Sabar dalam berguru dan sentiasa nyalakan cinta," katanya.
Berkongsi mengenai perancangan akan datang, Ahmad Fedtri memberitahu, dia menyimpan hasrat mencurahkan ilmu bahasa menerusi penerbitan buku.
"Saya berhasrat menulis buku bahasa dalam pengacaraan. Saya akan masukkan elemen sastera Melayu dan mutiara kata tokoh sebagai elemen yang mencipta 'magis' dalam ayat yang dipersembahkan," katanya.
Ikon Bahasa adalah pengiktirafan diberi kepada individu pelbagai bidang yang menunjukkan rasa cinta, semangat dan berterusan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.
Anugerah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir merasmikan majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan.
Selain Ahmad Fedtri, Anugerah Ikon Bahasa turut diterima oleh penyanyi asal lagu Lemak Manis, Roslan Madun dan penyanyi lagu Irama Malaysia, Haziq Rosebi.
Sumber - Berita Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selain Ahmad Fedtri, Anugerah Ikon Bahasa turut diterima oleh penyanyi asal lagu Lemak Manis, Roslan Madun dan penyanyi lagu Irama Malaysia, Haziq Rosebi
should be kak ani yg dapat
gitu iol support
or tokti (die lagi??...)
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha
tahniah fedtri
org kg teman ni
dan dan ngaku kan
tapi btl, kitorg 1 daerah, manjung, perak
|
|
|
|
|
|
|
|
Suara dia buat mengantok.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam nak setuju ja walau aku tak layan sangat gossip retis. Haziq who?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Akalditipumata at 9-10-2024 06:25 PM
Dia fonen ke? Tp ramai kwn2 aku yg amik bahasa mmg gemalai...tp lurus lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 9-10-2024 10:38 AM
hahaha
tahniah fedtri
Jom g mkn char kueh tiow abg Lori |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen: ikon fonen berjaya.... tahniah ...
Kenapa panggil fonen berjaya? Nmpk mcm elok cuba stail mcm lembut sikit. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
baru bukak tu eh
sedap ke
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 10-10-2024 08:58 AM
baru bukak tu eh
sedap ke
Baru pindah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah bahasa melayu bisa menjadi mendoia dengan mengangkat duta bahasa itu setelah 67 tahun merdeka ? |
|
|
|
|
|
|
|
tak lah
jarang pi sana
blk kg pun tak selalu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|