CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17239|Reply: 32

[Tempatan] Laporan: PMX Anwar Ibrahim hapuskan tunggakan cukai, denda RM83 juta UTAR

[Copy link]
Post time 9-10-2024 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Laporan: PM hapuskan tunggakan cukai, denda RM83 juta Utar

https://www.malaysiakini.com/news/721965

Diterbitkan:  Oct 8, 2024 9:21 PM
Dikemaskini: 9:23 PM



Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan memutuskan untuk melepaskan Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) daripada pertikaian cukai dan dendanya.

Laporan Sin Chew Daily memetik sumber yang menyatakan tunggakan cukai dan denda berjumlah RM83 juta yang dituntu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas Utar akan dihapus kira.

Menurut laporan itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke ketika ditanya berkenaan perkara itu berkata, Anwar yang juga Menteri Kewangan telah mengarahkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican untuk menghantar surat kepada Yayasan Pendidikan Utar (Utaref) untuk memaklumkan perkara itu.

Loke berkata surat itu akan dihantar tidak lama lagi.

Pada minggu lalu, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata menurut LHDN, Utar tidak diberikan status pengecualian cukai, tidak seperti Utaref yang mendapat pengecualian itu pada 1 Julai 2003 mengikut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sehari kemudian, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata Utar dan Utaref sepatutnya diiktiraf sebagai entiti tunggal, dan tidak bersetuju dengan pengkelasannya sebagai badan berasingan pada masa ini.

Yayasan itu bertanggungjawab menguruskan Utar.

Sementara itu, laporan itu memetik sumber sebagai berkata, LHDN baru-baru ini mengaudit semula Utaref untuk enam tahun terakhir, dan secara rasmi menghantar surat pada Jun lalu berkenaan cukai yang tidak dibayar serta denda.

Selepas menerima surat itu, Utaref menghantar surat kepada Anwar. Yayasan itu juga tidak perlu membayar cukai dan denda yang dikenakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 11:03 AM | Show all posts
Rakyat Malaysia boleh mohon tak untuk waive cukai pendapatan sepertimana UTAR?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 9-10-2024 11:03 AM
Rakyat Malaysia boleh mohon tak untuk waive cukai pendapatan sepertimana UTAR?

Boleh la Najib  jadikan rujukan kes ini...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:18 AM | Show all posts
Karangan ada sikit berbelit.

Utaref yang mendapat pengecualian itu pada 1 Julai 2003

LHDN baru-baru ini mengaudit semula Utaref untuk enam tahun terakhir, dan secara rasmi menghantar surat pada Jun lalu berkenaan cukai yang tidak dibayar serta denda.


Yang dihapus cukai ni UTAR atau UTAREF?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:49 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-10-2024 11:18 AM
Karangan ada sikit berbelit.

UTAR la kan.. UTAREF memang dah dapat exemption..
Diorang argue UTAR pun kena dapat exemption sebab diorang yang uruskan UTAR..

Universiti2 lain pun exempted ke??
Patutnye public uni aje yang exempted.. yang private uni kenapa nak kena exempted? diorang profit oriented businesses
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:52 AM | Show all posts
tompie replied at 9-10-2024 11:49 AM
UTAR la kan.. UTAREF memang dah dapat exemption..
Diorang argue UTAR pun kena dapat exemption seba ...

setujuuuuuuuuuu.....bukan kaleng2 fees uni swasta ni.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2024 11:58 AM | Show all posts
tompie replied at 9-10-2024 11:49 AM
UTAR la kan.. UTAREF memang dah dapat exemption..
Diorang argue UTAR pun kena dapat exemption seba ...

sebab ayat tu kata LHDN hatar surat pada Utaref lepas kena audit. Ok, now I know sebab Utaref yg manage UTAR.

btw UTAR ni IPTS ka? a few times juga deal dgn dorang punya intern. BM skema habis sampai kita tak senang duduk nak sembang.





Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
hahah... PMX ni, dgn melayu jer berani tekan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
syok nya 83 juta settel. dengan secebis surat dari pmx
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 12:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
aint replied at 9-10-2024 12:00 PM
hahah... PMX ni, dgn melayu jer berani tekan...

Apa yg pmx tekan tuu..?






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 9-10-2024 11:49 AM
UTAR la kan.. UTAREF memang dah dapat exemption..
Diorang argue UTAR pun kena dapat exemption seba ...

MCA punya rationale menubuhkan UTAR ni katanya untuk menyediakan universiti untuk rakyat Malaysia yang tak dapat keistimewaan macam UiTM. Affordable education macam tu la agaknya. Jadi according to diaorang, kerja amal macam ni patutnya exempted ke saya yang salah faham?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
83 juta pendapatan negara melambai begitu saja.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam bangang bapokk tua sekor ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 02:06 PM | Show all posts
Adalah tu agaknya syarat2 yang dipersetujui...kita public mungkin xtao..manatao UTAR offer free biasiswa kepada 100k orang student atau mungkin duit 80 juta digunakan semula untuk pembiayaan fasiliti kolej...wah begitu berbaik sangka i olls
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Utar ni university jinjang...student ada yg x reti bahasa melayu...english diorang pun teruk jgk...akak masa kerja dgn oil and gas dulu memang reject resume bdk2 dari Utar ni...x berkualiti
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
But GST is cominggggg... rebranding jadi VAT je kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ahakkksss...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 04:16 PM | Show all posts
babi
orang lain ot bagai nk rak kena tax
xleh waive
kalau claim balik pun bukan dapat semua
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048838 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list