View: 14136|Reply: 0
|
[Tempatan]
Adakah PMX Anwar Ibrahim lebih tinggi dari undang-undang - peguam Daim Zainuddin
[Copy link]
|
|
Adakah PM lebih tinggi dari undang-undang - peguam Daim
https://www.malaysiakini.com/news/722024
Diterbitkan: Oct 9, 2024 12:59 PM
Dikemaskini: 1:00 PM
Polis dituntut menjelaskan kenapa Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak disiasat atas dakwaan salah guna kuasa, susulan laporan polis berkaitan dakwaan campur tangan politik dalam siasatan SPRM.
“Kenapa polis tidak memulakan siasatan terhadap salah guna kuasa PM?
“Adakah PM lebih tinggi dari undang-undang?” soal Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh.
Peguam kepada ahli perniagaan dan veteran politik Daim Zainuddin dan isterinya Na'imah Abdul Khalid itu berkata, siasatan dibuat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berkaitan kesalahan salah guna rangkaian perkhidmatan.
Rajesh Nagarajan
Rajesh dan Sachpreetraj juga berkata, laporan turut disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menyebabkan kegentaran awam.
Sebelum ini, Naimah berkata artikel Bloomberg pada 26 September menunjukkan mereka, yang disiasat berkaitan dengan kes tidak patuh arahan mendedahkan aset, tidak bersalah.
Artikel media perniagaan terkemuka tersebut memetik sumber yang mendakwa Anwar mengarahkan SPRM menyiasat Daim dan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad serta anak-anak Mahathir.
Sumber yang sama juga mendakwa pada Mac lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki atas arahan Anwar, mengarahkan pegawai-pegawainya tidak menyiasat pembelian saham oleh bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador.
Pejabat Perdana Menteri dan SPRM menafikan dakwaan tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|