CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15214|Reply: 6

[Tempatan] Kumpulan Malaysia Timur rayu dana pembangunan kritikal untuk Sabah, Sarawak

[Copy link]
Post time 9-10-2024 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan M’sia Timur rayu dana pembangunan kritikal untuk Sabah, Sarawak

https://www.freemalaysiatoday.co ... ntuk-sabah-sarawak/

Carolyn K
09 Oct 2024, 09:30 AM

Dana diperlukan untuk memasang sistem kuasa bebas bagi membekalkan elektrik ke banyak kawasan terpencil di Malaysia Timur yang tidak termasuk dalam grid kuasa, kata Annie Lasimbang. (Gambar Wikipedia)

Pelbagai kawasan di Sabah, Sarawak kekurangan infrastruktur termasuk jalan raya, dengan kawasan terpencil di luar grid kuasa perlukan bekalan elektrik.

PETALING JAYA: Menjelang belanjawan persekutuan tahunan bakal dibentangkan minggu depan, kumpulan masyarakat sivil di Sabah dan Sarawak sekali lagi merayu Putrajaya memperuntukkan dana pembangunan kritikal untuk Malaysia Timur.

Anne Lasimbang berkata, gesaan itu yang berulang kali dibuat sejak bertahun-tahun lalu, mengetengahkan kekurangan serius infrastruktur di dua negeri Borneo berkenaan.


Anne Lasimbang.

Lasimbang, pengarah eksekutif Pacos Trust, NGO menyokong masyarakat pribumi di Sabah berkata, banyak kawasan luar bandar di Malaysia Timur memerlukan infrastruktur lebih baik bagi mengakses perkhidmatan perlu seperti perbankan, pendidikan dan kesihatan, selain meningkatkan pembangunan setempat.

Katanya, wujud keperluan mendesak untuk membina sistem luar grid bagi membekalkan kuasa kepada penduduk di kawasan terpencil Sabah serta Sarawak, yang tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik.

Akses untuk kemudahan yang begitu asas amat bermakna untuk penduduk ini, katanya kepada FMT.

Kawasan terpencil yang tiada akses grid elektrik utama perlu bergantung kepada sistem bebas untuk bekalan kuasa. Sistem berkenaan sama ada menggunakan generator, panel solar atau sistem kuasa mikrohidro.

Peruntukan asing untuk pembangunan

Sabah Action Body Advocating Rights (Sabar) berkata, belanjawan patut menyediakan peruntukan pembangunan untuk Sabah sebagai tambahan kepada geran kapitasi tahunan serta royalti minyak dan gas yang perlu diberikan kepada negeri itu.

Pengerusi Sabar, Zainie Abdul Aucasa berkata peruntukan itu patut dikhususkan bagi menyediakan utiliti dan infrastruktur seperti jalan raya.

Menurutnya, kerajaan juga patut menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI) ke Sabah dengan menyediakan insentif cukai bagi syarikat asing bertapak di negeri itu.

Katanya, ini akan mewujudkan peluang pekerjaan lebih baik untuk penduduk setempat, yang lazimnya perlu berhijrah ke Semenanjung untuk mendapat pekerjaan. Ia turut akan merapatkan jurang pembangunan industri antara Sabah dan Semenanjung.

Lasimbang turut menggesa Putrajaya memperkenalkan inisiatif yang dapat menyokong keperluan sara hidup masyarakat luar bandar supaya belia tidak perlu berhijrah ke bandar besar mencari pekerjaan.

Pasukan petugas tanah NCR

Pengarah Lawyer Kamek for Change, Simon Siah menggesa pasukan petugas dibentuk bagi menangani isu berkait tanah hak adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.


Simon Siah.

Siah berkata, ramai Orang Asal tidak mempunyai keterjaminan pegangan ke atas tanah di mana kediaman mereka dibina dan hidup dalam ketakutan berterusan akan dihalau.

Menurutnya, dana persekutuan perlu diperuntukkan bagi membentuk pasukan petugas khas yang diberi kuasa menyelesaikan isu pemilikan NCR.

Belanjawan persekutuan 2025 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Okt ini oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang juga menteri kewangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 04:40 PM | Show all posts
sepatutnya tak merayu
sebab tanah Borneo kan kaya raya
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn aritu kata nak keluar malaysia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 07:18 PM | Show all posts
Sabah dan Sarawak ni lebih luas berbanding keseluruhan semenanjung tanah melayu. Ada perkampungan manusia di segala ceruk hutan terpencil. Memang tidak munasabah nak sediakan kemudahan untuk setiap orang di dalam hutan. Bila bandingkan dengan negara yang luas seperti Kanada dan Australia, penduduk memang berpusat di bandar sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 9-10-2024 11:03 PM

Swak patut guna dana yg nk anjur Sukan Sea..tuk buat ni semua...Ada duit tuk anjur sukan sea(konon..)..TETAPI tuk infrastruktur....'mengemis' la pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:47 AM | Show all posts
ummah semenanjung tersenyum sinis katanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2024 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluar jela malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.042209 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list