CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31120|Reply: 2

[Tempatan] Malaysia di tangga ke-13 dunia, pemakan telur ayam terbanyak

[Copy link]
Post time 10-10-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia di tangga ke-13 dunia, pemakan telur ayam terbanyak

https://www.sinarharian.com.my/a ... elur-ayam-terbanyak

Oleh
NURATIKAH ATHILYA HASSAN
10 Oktober 2024 10:31am


Telur merupakan salah satu sumber nutrisi yang paling digemari masyarakat seluruh dunia walaupun terdapat pelbagai jenis makanan lain. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Malaysia berada di tangga ke-13 dunia sebagai negara pemakan telur ayam terbanyak dengan 16.80 kilogram (kg) per kapita.

Berdasarkan laporan laman web World Population Review, populasi Malaysia kini adalah 32.37 juta orang dan dianggarkan mencecah 42.07 juta orang pada 2068.

Menurut laporan tersebut, telur merupakan salah satu sumber nutrisi yang paling digemari masyarakat seluruh dunia walaupun terdapat pelbagai jenis makanan lain.

"China dan Jepun merupakan dua negara yang mencatatkan penggunaan telur tertinggi di dunia.

"Jepun menjadi negara dengan penggunaan telur tertinggi kerana rata-rata penduduknya makan sekitar 320 telur setiap tahun atau satu telur sehari.

"Walaupun Jepun tidak menghasilkan banyak telur, ia merupakan salah satu pengimport terbesar dan produk. Telur memainkan peranan penting dalam masakan Jepun seperti mi ramen, nasi dan pastri tradisional," katanya.

Di China pula telur terus menjadi sumber protein yang sangat popular walaupun ekonomi negara itu berkembang pesat, namun harganya lebih murah berbanding sumber protein lain.

Menurut laporan tersebut, kerajaan China memantau pengeluaran telur untuk memastikan harga tetap rendah agar semua lapisan masyarakat dapat mengakses sumber protein dengan harga berpatutan.

"Dianggarkan penduduk China makan lebih daripada 31,000,000 tan telur pada 2021. Bagaimanapun, rekod penggunaan telur di daratan China iaitu 21.97 kilogram (kg) per tahun dikalahkan wilayah pentadbiran khasnya.

"Pertama ialah Hong Kong dengan jumlah penggunaan 26.19 kg per kapita manakala Macau 23.04 kg per kapita. Negara seterusnya yang paling hampir ialah Mexico (21.26 kg per kapita) dan Jepun (19.59kg per kapita)," jelasnya.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) juga mencatatkan penggunaan telur yang tinggi tetapi tidak berada di kedudukan teratas per kapita.

Tambah laporan berkenaan, terdapat banyak negara yang menggunakan lebih banyak telur dalam menu harian berbanding AS.

Bagaimanapun katanya, telur tetap menjadi pilihan popular di negara tersebut dan digunakan dalam pelbagai hidangan seperti rebusan, makanan bakar dan salad termasuk menu utama dalam sarapan pagi di sana.

Pada masa sama, laporan itu turut mendedahkan bahawa Paraguay juga merupakan negara yang mencatatkan penggunaan telur tertinggi walaupun kecil.

"Negara tersebut menggunakan kira-kira 310 telur setiap tahun per kapita kerana masyarakat di sana sering menjadikan telur rebus sebagai snek dan juga sangat popular dalam salad serta pencuci mulut.

"Namun, populariti telur telah menyebabkan kebimbangan mengenai peningkatan kolesterol di kalangan penduduk serta kenaikan harga telur yang ketara," ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan, kerajaan Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menamatkan subsidi telur ayam gred A, B dan C sekiranya bekalan kembali pulih dan stabil.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penjimatan sebanyak RM100 juta tersebut bakal dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan lain, yang lebih mendesak.

Menurutnya, cadangan penamatan subsidi telur ayam telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Ujar beliau, langkah kerajaan menamatkan subsidi ayam pada 1 November tahun lalu menunjukkan kejayaan apabila harga dan bekalan ayam di pasaran terus stabil sehingga ke hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 11:47 AM | Show all posts
mat sabu untuk pm11
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:14 PM | Show all posts
dah antara sumber protein plg murah.. lepas ni sure naik carta pemakan tempe pulak

leh lawan konoha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.061374 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list