View: 42742|Reply: 33
|
[Tempatan]
Wanita stailo samun 7 kedai emas diberkas, ibu jadi tukang jual
[Copy link]
|
|
Wanita stailo samun 7 kedai emas diberkas, ibu jadi tukang jual
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... u-jadi-tukang-jual/
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
11 Oktober 2024, 10:43 am
Suspek berusia 26 tahun ditahan bersama-sama ibunya kerana disyaki menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak Julai lalu.
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak Julai lalu akhirnya tumpas selepas diberkas polis, minggu lalu.
Suspek berusia 26 tahun ditahan bersama-sama teman lelaki serta ibunya, yang disyaki bersekongkol dengan bertindak sebagai penjual barang kemas dicuri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Azrul Mohamed berkata, kesemua suspek berjaya dikesan dan ditahan Polis Kontinjen Selangor pada 5 Oktober lalu.
“Menerusi siasatan televisyen litar tertutup (CCTV) premis terlibat, wanita ini dikesan melakukan samun dengan berpura-pura menjadi pelanggan sebelum melarikan barang kemas yang sedang dipegangnya.
“Teman lelaki suspek juga berusia 26 tahun bertindak sebagai pemandu yang menunggunya di dalam kereta Toyota Yaris berwarna putih, manakala si ibu yang merupakan pesara guru berusia 61 tahun berperanan sebagai penjual emas yang dicuri,” katanya kepada pemberita.
Tambahnya, hasil soal siasat pasangan kekasih itu mengaku terlibat dengan tiga kes di Masjid Tanah, Alor Gajah dan Pulau Sebang dengan anggaran kerugian RM50,000.
“Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda kerana mencuri.
“Kesemua emas-emas yang dicuri dalam tujuh kes di ketiga-tiga negeri dipercayai telah dijual. Setakat ini tiada rampasan barang kes semasa penahanan mereka,” ujarnya.
Kosmo! pada Ogos lalu melaporkan polis memburu seorang wanita yang dipercayai melakukan samun dengan membawa pistol mainan di beberapa buah premis di negeri ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, semakan pihaknya mendapati suspek telah melarikan barang kemas bernilai RM15,000 di Pulau Sebang selepas berpura-pura ingin membelinya.
Katanya, pemilik premis mendakwa melihat suspek membawa senjata dipercayai sepucuk pistol mainan di dalam beg tangannya sebelum dia melarikan diri menaiki Yaris. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
amboiii...biasa tu
nak kena potong tangan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Xcukup ke duit pencen tu acik |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu apa mencuri lepas pencen ni... |
|
|
|
|
|
|
|
la cegu ke
|
|
|
|
|
|
|
|
ape ni
camni ke stailo? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak heran dengan cikgu mencuri?? Menteri pun merembat tak hengat dunia jugak.cash is king katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok pulak bekerjasama buat perkara sia2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
filem kan
komedi aksi dgn sedikit elemen drama
bg side simpati pd pelakunya
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus menantu pilihan ibu |
|
|
|
|
|
|
|
anak menantu mentua hantu semua ni. elok plak depa ni berjumpa ye |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 11-10-2024 12:18 PM
Anak cikgu x menjadi
Ni bukan setakat anak tak menjadi, dgn maknya yg cekgu pencen tu pon sekali tak menjadi
Mungkin jugak maknya anak polis tak menjadi
Skibidi betholll mereka ni |
|
|
|
|
|
|
|
kemahen pakai yaris..
tak mo deh pakai axia |
|
|
|
|
|
|
|
Aikkk pesara cikgu mesti ada pencen...dah kenapa dok bersekongkol dgn anak jadi penyamun. Tak pasal2 kena dok lokap..padahal umur mcm tu dah boleh hidup tenang2 perabih duit pencen. |
|
|
|
|
|
|
|
Kiahlemau replied at 11-10-2024 03:41 PM
Aikkk pesara cikgu mesti ada pencen...dah kenapa dok bersekongkol dgn anak jadi penyamun. Tak pasal2 ...
Kalua masuk lokap duit pencen dihentikan tak? Ke masuk mcm biasa? |
|
|
|
|
|
|
|
Macamanalah cara pakaian wartawan ni smp penyamun tu pakai mcm tu pun dia kagum dan cakap stailo |
|
|
|
|
|
|
| |
|