CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 34965|Reply: 22

[Tempatan] [VIDEO] Treler gagal brek rempuh 8 kenderaan di NKVE

[Copy link]
Post time 15-10-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Treler gagal brek rempuh 8 kenderaan di NKVE

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... -kenderaan-di-nkve/

Oleh MUHAMMAD HARRITH NOOR HISHAM
15 Oktober 2024, 5:42 pm



Tangkap layar video tular sebuah treler merempuh 8 kenderaan lain di di Kilometer 18.5, Lebuh Raya Lembah Klang Utara (NKVE), Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA – Masalah brek menyebabkan sebuah treler merempuh lapan kenderaan dalam kejadian di Kilometer 18.5, Lebuh Raya Lembah Klang Utara (NKVE), di sini, semalam.

Kejadian pada pukul 2.10 petang itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa serta kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar pukul 6.03 petang, semalam.

“Kejadian itu mengakibatkan kerosakan pada kenderaan terlibat dan tiada sebarang kecederaan dialami oleh kesemua mangsa.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Shahrulnizam, saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Sivam Muniandy di talian 017-3290749 bagi membantu siasatan.

“Semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“PDRM tidak tidak akan berkrompomi dengan mana-mana pemandu yang memandu secara berbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 06:38 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-10-2024 02:40 AM

Ini semua kerana angkara rasuah berleluasa. Sepatutnya pihak berkuasa check record trailer ni bila kali terakhir MOT dan siapa pekerja yang meluluskan MOT, adakah trailer ni di selenggara dengan betul masuk pusat service ataupun diberi kelulusan MOT dengan rasuah sedangkan trailer tidak pernah masuk pusat service.
Check betul betul siapa punya kerja?


Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ini bukan rempuh..ini 'KEMALANGAN'.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Video babi takleh play..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 15-10-2024 06:38 PM
Ini semua kerana angkara rasuah berleluasa. Sepatutnya pihak berkuasa check record trailer ni bila k ...

Ini betul.

Lagi 1, kalau ikutkan lesen GDL kena renew tiap2 tahun. Kena buat medical checkup kat klinik. Tapi bila berlaku kemalangan & buat urine ke atas pemandu, kantoi positif dadah. Macam mana boleh berlaku? Klinik asal dappat duit lepas tu cop borang, atau pemandu tu tipu guna urine orang lain masa buat checkup tu?

Lagi 1 ada pulak vape mushroom yang bikin lalok tu. I don't think benda tu akan buat urine sangkut walaupun orang yang hisap vape tu obviously tengah lalok. Tapi tu la, kerajaan kemaruk nak kutip hasil dari vape kan? Butakan mata je la bab ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lori ni macam muatan berat tapi boleh drive kat lorong no 2 dari kanan. Speeding ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2024 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain polis siapa boleh buat penguatkuasaan? Jpj ke? NKVE ni trelar lori laju2 stay lorong kanan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Lori hantu ke tu.. Lori eshe pun cam boleh kelaim
Video tak boleh play
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 01:39 AM | Show all posts
olaklempit replied at 15-10-2024 03:00 PM
Selain polis siapa boleh buat penguatkuasaan? Jpj ke? NKVE ni trelar lori laju2 stay lorong kanan

Dulu masa BN berkuasa lori ada time limit
pukul berapa atas highway macam waktu puncak
tak boleh atas highway
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak lesen lori duduk bawah MOT gini lah jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 11:53 AM | Show all posts
ada lori penah sondol blkg kete aku
sampai aku mati aku xampunkan..
bkn nk berenti mtk mahap ke apa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 16-10-2024 09:45 AM
sangbara2020 replied at 15-10-2024 11:53 PM
ada lori penah sondol blkg kete aku
sampai aku mati aku xampunkan..
bkn nk berenti mtk mahap ke apa. ...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Semoga semua mangsa kemalangan diberikan kesembuhan dari kecederaan fizikal dan mental (trauma), Aamiin.

  
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 03:32 PM | Show all posts
seram tengok video ni smlm
memang takleh lari kemana
kereta banyak mstu
tengah jem
tahu2 lori rempuh dr belakang
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 04:29 PM | Show all posts
laju sangat pun lori tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 16-10-2024 01:39 AM
Dulu masa BN berkuasa lori ada time limit
pukul berapa atas highway macam waktu puncak
tak boleh ...

NKVE ni takde limit sebab ni laluan utama utara ke selatan especially airport.
Masalah dia orang ni yg bawa lori memang tak ikut undang2 dan bawa laju, kalau hujan slow pun punyalah rapat dengan kereta2 depannya

Selalu terfikir kenapa lah jpj atau polis tak saman atau letak je kamera banyak2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 16-10-2024 10:28 AM
Sejak lesen lori duduk bawah MOT gini lah jadinya

Kdg takdak lesen pun.. Bak kata boipren iols sana naik beskal dtg sini 2 minggu pegang stereng.. jahanammm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 11:12 PM | Show all posts
olaklempit replied at 16-10-2024 12:16 PM
NKVE ni takde limit sebab ni laluan utama utara ke selatan especially airport.
Masalah dia orang n ...

Hari tu kat Pagoh ada cina meninggal.nampak dah 3 ketul kenderaan lampu signal
slow tu takde la. dapat jugak la 80km/h
tetiba depan tu ada lori tanah 6 tayar.
kena la slow. i nak potong i tak berani sebab
kena potong 4 kenderaan sekaligus.
so i on double signal jadi kereta no 4 berarak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lesen pon banyak lesen terbang
Kenal someone dia beli lesen terbang anak dia.
Gi ujian komputer, berlatih bawa keta sekali. Tiba2 dpt lesen.. xde exam dgn pegawai pon
Sedih.. tu baru 1.. len?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mujur la takde kemalangan jiwa, celaka betul treler lori sikit2 brek x makan abes tu masa start drive tu  takkan x pernah tekan brek??
ckp je la laju brek angin tu takdan nak stop sbb dekat baru tekan.
byk kes camni yg bila drebar lori excident mati org malas nak kesian wpun kdg2 bkn salah depa.

kalau camni, claim insurance sape??? bodoh laa
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tlg tgk skali lori2 antara sg.buloh-bkt tagar. Masing2 laju kemain. Dh tau muatan berat, signal terus potong. Kita yg kt blkg xpasal kena slow down
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.125666 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list