CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9829|Reply: 0

[Sabah] Tiada kompromi pegawai, anggota PDRM terbabit kes salah laku

[Copy link]
Post time 16-10-2024 10:02 AM | Show all posts |Read mode


MOHD SHUHAILY

KOTA KINABALU: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menegaskan tidak berkompromi terhadap sebarang kes salah laku yang membabitkan pegawai dan anggotanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata, PDRM mengambil tindakan tatatertib yang lebih tegas berbanding agensi lain.

“Kita sedar isu berkaitan salah laku ini memang wujud dan tidak pernah lari daripada kepincangan terbabit.

“PDRM sentiasa memperbaiki perkhidmatan kepolisan itu sendiri namun saya rasa dalam konteks pasukan, kita sudah memberikan segala latihan serta keperluan sewajarnya dalam konteks kerja.

“Bagaimanapun, ia berbalik kepada sikap individu itu sendiri.

“Sama seperti konteks konvensyen hari ini, rata-rata mengatakan bahawa untuk memperkukuhkan integriti agensi ia kembali kepada individu itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menjadi panel jemputan sempena Majlis Penutupan Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk S Karunanithy.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.043589 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list