CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10365|Reply: 0

[Sabah] Belanjawan 2025: ESSCOM harap tumpu kepada pemerkasaan keselamatan di ESSZone

[Copy link]
Post time 16-10-2024 10:22 AM | Show all posts |Read mode


LAHAD DATU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berharap agar Belanjawan 2025 memberi perhatian lebih tumpuan kepada usaha memperkukuhkan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata langkah tersebut termasuk pembelian aset baharu serta pembinaan pos keselamatan di lokasi strategik, bertujuan untuk memperkuat pertahanan di ESSZone.

Menurut beliau usaha ini diharapkan dapat merealisasikan dua misi utama ESSCOM, iaitu mencegah pencerobohan kali kedua dan memastikan sifar kejadian penculikan untuk wang tebusan (KFR).

"Sudah empat tahun kita berjaya mengelakkan sebarang insiden, tetapi kita mahu terus memperkukuhkan pertahanan di kawasan yang terlibat," katanya kepada Bernama.

Victor berkata usaha pemerkasaan keselamatan ini akan memastikan kesejahteraan di ESSZone serta membantu merancakkan pembangunan sosioekonomi di kawasan tersebut.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa kebajikan warga ESSCOM, khususnya anggota yang bertugas di lapangan juga perlu diberikan perhatian, seiring dengan hasrat Kementerian Dalam Negeri untuk menjaga kebajikan anggota yang bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara.

ESSZone merangkumi 10 daerah, termasuk Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau, dengan keluasan keseluruhan 1,733.7 kilometer. - BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.062799 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list