Taklimat eksklusif pengurusan aktiviti memburu, menjual dan mengeksport buaya oleh SFC di Piasau Nature Reserve, Miri pada Jumaat ini.
MIRI: Sarawak Forestry Corporation (SFC) mempelawa orang awam untuk menghadiri taklimat eksklusif pengurusan aktiviti memburu, menjual dan mengeksport buaya pada Jumaat ini.
SFC dalam satu kenyataan berkata, ia terbuka kepada semua pemegang lesen dan individu yang berkelayakan.
Taklimat tersebut anjuran Seksyen Pengurusan Buaya, Bahagian Penguatkuasaan dan Perlindungan serta Seksyen Perlesenan dan Permit, SFC.
Taklimat akan bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi di Bilik Tajai, Piasau Nature Reserve, Miri.
Mereka yang berminat boleh berdaftar atau e-mel kepada [email protected] atau menghubungi 082-629708 atau 082-629401 pada waktu pejabat. Tarikh tutup pendaftaran adalah Khamis.
Tempat terhad justeru hanya mereka yang terawal mendaftar akan berpeluang menyertai taklimat ini.
|