CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6624|Reply: 0

[Sarawak] Sektor kreatif Sarawak mempunyai potensi besar

[Copy link]
Post time 16-10-2024 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak boleh capai pertumbuhan ekonomi ketara dengan bangunkan ekonomi kreatif yang teguh seperti Indonesia



Snowdan (dua kanan) bercakap dengan Edric Ong (kanan) semasa meninjau pameran tersebut. Turut kelihatan di sebelah kiri, Donald. - Gambar Mohd Faisal Ahmad

KUCHING: Sarawak boleh mencapai pertumbuhan ekonomi ketara dengan membangunkan ekonomi kreatif yang teguh seperti Indonesia.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan berkata, sektor kreatif Sarawak mempunyai potensi untuk menjadi pemacu penting pelancongan dan pengiktirafan antarabangsa.

Ia katanya, apatah lagi apabila kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan dasar yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhannya.

“Di Indonesia, ekonomi kreatif sahaja menyumbang sekitar AS$22 bilion setiap tahun, dengan keseluruhan kementerian didedikasikan untuk pembangunannya.

“Di seluruh Asia Tenggara, sektor ini menjana lebih daripada AS$200 bilion," ujarnya ketika berucap pada majlis pelancaran pameran seni dan kraf, What About Kuching (WAK) All About Arts di pusat beli-belah di tHe Spring di sini, hari ini.

Justeru Sarawak jelasnya, boleh mengikuti kejayaan Indonesia dengan memanfaatkan kreativiti tempatan dalam bidang seperti seni, kraf dan seni persembahan.

Tambah beliau, pameran WAK yang ketiga di tHe Spring di sini umpamanya, menyerlahkan minda berkembang maju ‘waste to wealth’ yang mencirikan industri kreatif Sarawak, selain mempamerkan rangkaian karya seni inovatif mengagumkan.

Justeru menurutnya, acara ini bukan sekadar pameran - ia adalah satu kenyataan.

“Pameran ini meletakkan seni dan kraf Sarawak sebagai bahagian penting dalam budaya, menjadi pemacu pelancongan dan tanda kreativiti yang boleh berdiri tegak di pentas dunia.

“Tema pameran, ‘Elements of Nature’ sangat bergema dengan keindahan alam semula jadi Sarawak, menyerlahkan semangat kayu, logam, air, bumi, api dan angin.
“Ini sejajar dengan visi kementerian kita iaitu ‘Sarawak – More to Discover’,” ujarnya.

Beliau turut menyuarakan keterujaannya kerana tahun ini, pameran itu meluaskan jangkauannya ke Sibu dan Miri sebagai festival satelit, sekali gus meluaskan impak WAK di seluruh Sarawak.

Snowdan dalam pada itu turut mengumumkan Ekspo Global Kraf Borneo yang akan diadakan di Kuching November depan.

“Saya berharap untuk melihat banyak karya yang dipaparkan di sini dipaparkan pada acara ini.  

“Malah, seorang kurator dari Paris akan melawat kita untuk membincangkan penyertaan Sarawak dalam Revelations Paris 2025 yang berprestij dan menerusinya, artis kita akan berpeluang mempamerkan bakat mereka di pentas antarabangsa di Grand Palais,” katanya.

Festival WAK diteruskan hingga 30 Oktober 2024, menampilkan pelbagai acara yang meraikan suasana seni dan budaya meriah di Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pameran dan Bengkel WAK All About Arts, sila hubungi Edric Ong di  talian +60198583566.

Hadir sama semasa majlis, Pengarah Urusan tHe Spring Mall Datin Christine Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Kraftangan Sarawak Suriya Charles, Presiden Persatuan Atelier Sarawak Melinda Omar; Pengarah Festival WAK 2024 Donald dan Marina Tan dan Kurator Pameran All About Arts Exhibition Edric Ong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.035621 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list