KIM
KUCHING: Persatuan Wanita untuk Wanita Sarawak (SWWS) bakal menganjurkan kempen ‘Sweet 16’, bertujuan menangani isu perkahwinan kanak-kanak yang kian membimbangkan masa kini.
Menurut Naib Presiden SWWS Kim Tan pihaknya mahu kesedaran setempat dipertingkatkan ke seluruh negara selain menyokong kepada pembaharuan perundangan mengenainya.
"Kita akan mengadakan ini dengan kerjasama What About Kuching (WAK) 2024, yang mana sebuah pameran ‘The Pen Pal Club’ akan diadakan di CSSC Kuching dari 1 Oktober hingga 30 Oktober, bermula 11 pagi hingga 5 petang bermula jam 11 pagi hingga 6 petang.
"SWWS turut berharap disediakan sumber yang boleh diakses untuk memperkasa dan menyedarkan penduduk tempatan mengenai perkara ini.
"Kami akan secara aktif menggesa penggubal dasar dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan tegas memerangi isu sosial yang penting ini," katanya.
Peti surat untuk surat-surat yang akan diposkan kepada pemimpin yang berkenaan daripada pengunjung yang menyertai ‘The Pen Pal Club’ di CSSC bermula 1 hingga 30 Oktober ini.
Kempen ‘Sweet 16’ akan disampaikan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Sarawak dan Mandarin untuk memastikan keterangkuman yang mencapai seluruh rakyat di sini.
SWWS juga bekerjasama dengan Beci Orpin iaitu seorang pereka bentuk, ilustrator dan pengarang yang dihormati di peringkat antarabangsa yang berpangkalan di Melbourne, Australia.
Beci amat mahir dalam menangani isu yang kompleks dan mendalam dengan cara yang pengharapan dan mudah didekati.
Pameran itu pula, menurut Kim akan memberi tumpuan kepada penulisan surat yang mana pengunjung akan berpeluang untuk menulis kepada pemimpin akan perubahan yang diperlukan di sini.
"Kami juga akan menjemput sekolah-sekolah setempat untuk mengambil bahagian, bertujuan memperkasakan pelajar bahawa suara mereka juga penting.
"Di Sarawak dan Semenanjung, kami telah melihat jurang yang ketara dalam penglibatan advokasi, berkemungkinan berpunca daripada kurangnya pendedahan kepada inisiatif sedemikian.
“Pameran ini berfungsi sebagai pengenalan kepada ‘seni advokasi’, yang bertujuan mendidik orang ramai tentang kepentingan berhubung dengan pemimpin tempatan mereka," tegasnya.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen ‘Sweet 16’, sila hubungi SWWS di talian 013-804 4285 atau terus menonton media sosial di @sweet16swws di Instagram dan TikTok.
|