CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11800|Reply: 0

[Sarawak] 'Sapat' pisahkan penduduk Rumah Uding Bungai dan Rumah Nyumping Kudul akhirnya diroboh

[Copy link]
Post time 16-10-2024 03:02 PM | Show all posts |Read mode


Tembok yang menimbulkan perpecahan di kalangan penduduk rumah panjang akhirnya dirobohkan pada Ahad.

KANOWIT: Tembok atau dikenali sebagai 'sapat' yang memisahkan penduduk Rumah Uding Bungai dan Rumah Nyumping Kudul selama 17 tahun akhirnya dirobohkan pada Ahad lepas.

Upacara merobohkan tembok tersebut berlangsung di rumah panjang di Nanga Ngungun di sini dengan disaksikan oleh Ahli kepada Majlis Daerah Kanowit (MDK) Mutang Karani, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Kampung (JKKK) Nanga Ngungun, Tuai Rumah Pree Minggat,Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Ngemah, Ramba Resang, dan bekas penghulu, Charlie Salang.

Menurut Uding, tindakan merobohkan 'sapat' itu dilakukan selepas mencapai kata sepakat dengan penduduk rumah panjang yang terdiri daripada 15 pintu.

“Kami telah bersetuju untuk merobohkan tembok tersebut. Penduduk juga meminta agar pemilihan ketua rumah panjang yang baharu dijalankan melalui proses undian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Uding turut menjelaskan bahawa tembok itu dibina di 'ruai' (ruang umum) pada 2007, susulan perselisihan faham mengenai pemilihan ketua rumah panjang ketika itu.

Selepas pembinaan tembok, Uding mengetuai penduduk sebelah yang terdiri daripada 11 pintu, manakala Nyumping mengetuai empat pintu yang lain.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana, memuji tindakan penduduk yang mengambil langkah merobohkan tembok tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa cadangan untuk merobohkan 'sapat' datang daripadanya sendiri.

Katanya, beliau telah meminta JKKK Nanga Ngungun yang diketuai oleh Pree, untuk berbincang dengan Uding, Nyumping serta penduduk rumah panjang tersebut.

“Maklum balas yang diterima sangat positif. Saya juga meminta Pree bersama dua ketua rumah panjang lain untuk menyampaikan perkara ini kepada Pegawai Daerah Kanowit.

"Pegawai tersebut memberikan maklum balas positif dan meminta agar proses perobohan disegerakan sebelum penduduk rumah panjang mengubah fikiran,” katanya.

Anyi turut memberitahu bahawa di kawasan DUN Ngemah, terdapat dua lagi rumah panjang dengan tembok pemisah iaitu Rumah Bunsu dan Rumah Juil di Nanga Jagau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.101430 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list