CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13931|Reply: 0

[Sarawak] Peningkatan kes dera, pengabaian dan gangguan seksual libatkan kanak-kanak memerlukan Program Advokasi Perlindungan secara menyeluruh

[Copy link]
Post time 16-10-2024 03:03 PM | Show all posts |Read mode


Jeffry Phang menerima cenderamata dari Zahirul selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Bahagian Miri di SK Merbau, pada Selasa.

MIRI: Kes penderaan, pengabaian, dan gangguan seksual di kalangan kanak-kanak yang semakin meningkat yang memerlukan Program Advokasi Perlindungan Kanak- Kanak secara menyeluruh.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata kanak-kanak memerlukan perlindungan dan perhatian penuh agar mereka dapat menjalani kehidupan yang selamat dan bermaruah.

"Sejak setahun yang lepas, saya telah menerima pelbagai laporan dan data  berkaitan kedudukan sosioekonomi masyarakat kita, yang turut memberikan gambaran tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

"Data ini menunjukkan bahawa golongan yang paling terdedah adalah mereka yang datang dari latar belakang sosioekonomi yang rendah.

"Oleh itu, kita perlu menggandakan usaha untuk memastikan bantuan dan perlindungan sampai kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya kepada mereka yang paling memerlukan," katanya.

Teks ucapannya dibacakan Ahli Majlis Bandaraya Miri, Kaunselor Jeffry Phang semasa merasmikan Majlis Perasmian Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Bahagian Miri di Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau, pada Selasa.

Menurut ADUN Senadin itu, masyarakat harus sedar bahawa isu ini bukan sahaja berkaitan dengan undang-undang dan penguatkuasaan, tetapi juga soal kesedaran masyarakat dan peranan sebagai individu.

"Melalui advokasi, pendidikan, dan tindakan kolektif, kita boleh memastikan kanak-kanak kita dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi dan pengabaian, serta diberikan peluang yang sepatutnya untuk mencapai potensi penuh mereka," tegas Lee.

Menurutnya, Program Advokasi Kanak-Kanak: Kasih Kanak-kanak ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua pihak, khususnya para pelajar yang terdedah dengan ancaman penderaan dan pengabaian.

"Salah satu objektif utama program ini adalah untuk memastikan kanak-kanak faham hak-hak mereka dan mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya mereka atau rakan-rakan mereka berhadapan dengan sebarang bentuk penderaan," jelasnya.

Program ini juga berfungsi sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa dan guru tentang saluran aduan yang betul sekiranya berlaku kes penderaan.

"Jangan takut untuk bersuara jika kamu berasa tidak selamat atau menghadapi apa-apa masalah. Sentiasalah ingat bahawa ramai yang bersedia membantu kamu, termasuk guru-guru, ibu bapa, dan pihak berkuasa," tegasnya.

Sarawak katanya mempunyai pelbagai dasar yang progresif berkaitan penghakupayaan kanak-kanak.

"Kita bukan sahaja membanteras secara tegas tentang sebarang polisi yang menekan kepada aspek penjagaan kanak-kanak tetapi turut memberi fokus kepada aspek pembelajaran awal kanak-kanak.

"Malah, kita juga sentiasa bersedia untuk memperkenalkan polisi yang memberi kelebihan kepada kanak- kanak.

"Kini, sudah tiba masanya untuk kita semua bersatu memerangi segala bentuk tindakan atau perlakuan yang menjejaskan hak dan kepentingan kanak-kanak, kerana ini boleh menghalang potensi mereka untuk menjadi generasi Malaysia yang cemerlang, unggul, dan berwibawa," ujarnya.

Hadir sama ialah Pengerusi Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Bahagian Miri, Mohamad Firdaus Khaidir Razali, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri Vivian Anak Engkiong dan Guru Besar SK Merbau Miri, Zahirul Jazmi Sayom Abdullah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.033262 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list