CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34273|Reply: 0

[Sarawak] Proses ambil alih MASwings dimuktamadkan tidak lama lagi

[Copy link]
Post time 16-10-2024 03:35 PM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi melakukan pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan Utama sempena Majlis Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Proses pengambilalihan syarikat MASwings kepada Sarawak yang kini dalam peringkat rundingan lanjutan akan dimuktamadkan tidak berapa lama lagi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia sekali gus menjadikan Sarawak tidak lama lagi mempunyai syarikat penerbangannya sendiri.

"Sarawak memerlukan khidmat penerbangan yang berada di kawalannya sendiri bukan sekadar sebagai kemudahan untuk membawa penumpang keluar dan masuk.

"Tetapi yang lebih penting ia  merupakan suatu pelaburan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan rantaian khidmat sokongan," katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Ke-78 Tahun Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, sementara itu kajian pembangunan lapangan terbang antarabangsa Kuching yang baharu sedang dijalankan yang bermodelkan Lapangan Terbang Antarabangsa Doha di Qatar.


Tun Wan Junaidi bersama Toh Puan Fauziah memotong kek Hari Lahir sebagai simbolik. Turut kelihatan Abang Johari (enam kiri) bersama tetamu kenamaan lain. - Gambar Chimon Upon

"Lapangan terbang ini nanti akan dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang tercanggih sejajar dengan sasaran untuk membangunkan lapangan terbang tersebut sebagai hub penerbangan serantau," katanya.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata usaha mempelbagaikan ekonomi bukan sahaja akan memperkukuh ekonomi Sarawak, tetapi juga menjadikan ekonomi negeri ini lebih berdaya tahan terhadap cabaran global.

Beliau berkata kerajaan Sarawak telah memperkenalkan dasar dan inisiatif yang memfokuskan kepada inovasi teknologi, dan industri bernilai tambah tinggi sambal mengambil langkah-langkah strategik untuk mengembangkan aset-aset strategik.

Menurut beliau pengambilalihan Pelabuhan Bintulu oleh Kerajaan Sarawak adalah satu lagi kejayaan strategik, yang memastikan kawalan penuh ke atas pelabuhan utama itu yang menjadi nadi kepada ekonomi Sarawak, terutamanya dalam perdagangan dan eksport bahan komoditi.

"Semua pelabuhan di Sarawak akan diletakkan di bawah bidang kuasa lembaga pelabuhan tunggal dengan tujuan untuk mengintegrasikan pengurusan pelabuhan-pelabuhan sedia ada dan pelabuhan-pelabuhan baharu pada masa akan datang termasuk Pelabuhan Air Dalam Baru Kuching di Tanjung Embang.

"Pelabuhan Kuching yang bakal dibina ini akan menjadi pelabuhan penting di peringkat serantau yang akan menyediakan khidmat bunkering bagi bahan api hijau untuk kapal dan juga sebagai terminal gas cecair asli," katanya.

Abang Johari berkata, beliau malahan menjangkakan aktiviti dan khidmat perkapalan di Pelabuhan Bintulu akan meningkat dengan pelancaran Borneo Supply Base yang dikelolakan di bawah Lembaga Pelabuhan Bintulu.

Katanya, penubuhan Borneo Supply Base itu yang menyediakan perkhidmatan kepada industri petroleum di Sarawak sudah pasti akan memberi impak yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak keseluruhannya nanti.

Beliau berkata ia merupakan langkah yang bersejarah setelah 40 tahun kewujudan industri petroleum di luar pantai Sarawak di mana selama ini ianya berpusat di Labuan.

Sementara itu, Majlis Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Ke-78  itu dihadiri istreri Tun Pehin Sri Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan-Timbalan Premier selain Menteri-Menteri Kabinet Negeri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.540095 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list