CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34345|Reply: 0

[Sarawak] RAS di Sabah, Sarawak dilanjutkan setahun lagi

[Copy link]
Post time 16-10-2024 03:38 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail BERNAMA

KUCHING: Kemudahan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak yang dijangka tamat pada hujung tahun ini telah dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke (gambar).

Beliau berkata keputusan melanjutkan kemudahan RAS yang dikendalikan MASwings Sdn Bhd (MASwings) mengambil kira proses pengambilalihan syarikat itu oleh Kerajaan Sarawak masih belum selesai sepenuhnya.

“Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Selasa lepas, Kabinet telah bersetuju untuk melanjutkan perjanjian subsidi RAS secara interim iaitu selama setahun sebab Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG) masih dalam proses ambil alih MASwings, jadi perjanjian RAS akan berakhir 31 Disember ini seperti dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini yang ditandatangani kira-kira tujuh tahun lepas.

“Selepas proses pengambilalihan itu selesai, kita (Kementerian Pengangkutan) akan runding semula untuk satu perjanjian yang tempohnya lebih panjang dan dari segi prinsip, saya sudah nyatakan pendirian kerajaan persekutuan, tiada masalah melanjutkan RAS yang buat masa ini melibatkan subsidi RM209 juta setahun,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) di sini hari ini.

Beliau berharap proses rundingan serta pengambilalihan MASwings oleh Kerajaan Sarawak akan berjaya dimuktamadkan selewat-lewatnya tahun ini.

“Namun ia tertakluk kepada beberapa perkara, sebab rundingan ini di antara pihak Sarawak dan Khazanah Nasional yang memiliki MAG… ia tak melibatkan kementerian saya kerana MASwings di bawah MAG,” katanya.

Sebelum ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata MASwings yang akan menjadi syarikat penerbangan milik Sarawak dijadualkan mula beroperasi pada 2025. - BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.158275 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list