CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 37131|Reply: 53

[Tempatan] Peserta MySTEP mohon diserap ke jawatan tetap

[Copy link]
Post time 16-10-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 16-10-2024 03:55 PM

sinarharian.com.my
Oleh
NURATIKAH ATHILYA HASSAN
16 Oktober 2024 10:00am



SHAH ALAM - Program Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP) perlu memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk diserap ke jawatan tetap berdasarkan kebolehan serta kemampuan dalam menjalankan tugas dengan cekap.

Peserta MySTEP, Khairun Badriah Adnan, 24, berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan tersebut untuk tempoh masa tertentu kerana ramai peserta mempunyai kemahiran yang baik sewaktu mengurus serta menyelesaikan tugasan.


“Kerajaan juga perlu memperbaharui penjawatan sekarang kerana terdapat beberapa tugasan MySTEP, tiada dalam sektor perkhidmatan awam.

“Situasi ini menyebabkan peluang peserta untuk menjadi sebahagian daripada penjawat awam sangat tipis sedangkan mereka mempunyai bakat dan pengalaman dalam menguruskan tugas mereka,” katanya kepada Sinar Harian.


Bagi pereka grafik, Nor Shakira Shamsinor, 26, banyak kelebihan yang diperoleh menerusi program berkenaan dan meningkatkan kualiti komunikasi serta mendedahkan dia kepada kaedah betul untuk menyelesaikan tugasan kritikal.

“Saya berharap peserta MySTEP diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada staf tetap kerana ada dalam kalangan mereka sangat berbakat dalam sesuatu bidang tetapi malangnya tidak mempunyai peluang untuk pergi lebih jauh,” jelasnya.



Siti Maryam Mohd Azam, 21, yang sudah bertugas sebagai peserta MySTEP selama enam bulan berkata, program seperti itu memberi banyak manfaat kepada graduan untuk memperoleh pengalaman kerja dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ujarnya, dengan pengalaman bekerja di bawah program tersebut dia lebih yakin dengan keputusan untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam secara tetap.

Single Polls, Total 46 Users voted

Poll is finished

34.78% (16)
65.22% (30)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
step by step.....la
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 04:08 PM | Show all posts
xde jalan pintas dek.. ko jadi mystep pun xkene tapis betui2... itvw pun ala kadar...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 04:12 PM | Show all posts
banyaaaak canteek ente punya muka...

kah kah kah....pekerja kontrak pandang je korang nanti....

mystep ni penambahbaikan kepada jawatan sambilan harian, yang bayar gaji pakai hari tu...

staf gomen yg kontrak pun berlambak2 bertahun2 tunggu turn nk diserapkan, alih2 korang nk potong line..tak masuk lagi beratus ribu kat luar tu

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 04:16 PM | Show all posts
ramaiiii orang yang jauh lebih berkualiti dan berpengalaman yang beratur nak dapatkan keje yg elok.. keje government dek...
kau sedap2 lepas grad.. dah dapat timba ilmu n pengalaman tu syukurla.. nak keje.. sila apply macam calon2 lain.. apply kat SPA sane... step by step dek...

aku handle budak2 protege untuk syarikat swasta.. berapa kerat je yg kitorang serap.. yang lain tu alahai... kau gi cari keje lain la dek..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
n3ar replied at 16-10-2024 04:12 PM
banyaaaak canteek ente punya muka...

kah kah kah....pekerja kontrak pandang je korang nanti....

Calon simpanan jgn dilupakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi la kan bagi aku ok je kalau kontrak gomen ni. Mcm swasta gak sbnrnye. Cuma aku nak sarankan gomen ni mencarumla skali utk EIS jgn kwsp je. Andai kata la pekerja kontrak gomen ni nak diberhentikan atau tak disambung, at least bleh la mohon eis. Sbb keje kontrak gomen setau aku takde vss mss tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 05:17 PM | Show all posts
Gaji mystep dekat organisasi kita dibayar setiap 10 hb. Kalau byk hari cuti atau mc gaji akan berkurang.......
Yg asas potong epf,socso dan insurans.
Gred 41,29 dan 19 shj yg wujud utk mysteps..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 16-10-2024 03:43 PM
step by step.....la

Mystep ada pengalaman tp pelik kerajaan xnk serap tetap
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Manyak cantek.
Ko masuk sbb cable.
Intebiu pn ala kadar.
Cait.
Duktur kontrak tu btahun² xdiserap².
Tu duktur tu.
Ko sape dekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang pro mystep tu tahu tak apa bendanya tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi2.. yang kontrak pun tak dapat tetap apatah lagi mystep yg sementara
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ini la bbnu
semua nak mudah je idop

join program pun mak yg carik
blm yg pakai kabel lagi
yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mystep ni tak mungkin dapat serap tetap sesenang itu. Pengambilan penjawat awam untuk jawatan tetap melalui spa. Lantikan tetap pun dah takde kan sekarang? Rasanya intake baru perlu berkhidmat as pegawai kontrak 3 tahun baru dipertimbangkan untuk status tetap. Itu pun dah takde pencen. Ada mystep yg perform, ada mystep yang ada diploma pun tapi tak reti buat tugasan yg setaraf dengan gred jawatan diisi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ipanimanz1 at 17-10-2024 12:19 AM
Thunderclouds replied at 16-10-2024 06:14 PM
Manyak cantek.
Ko masuk sbb cable.
Intebiu pn ala kadar.


ujian apa pun x ambik. siapa yg tahu, dia akan dpt. candidates luar yg x kenal sape2 dlm organisasi kira melepas la
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Gomen buat mystep tu semata utk cipta pekerjaan sementara je utk aokme, mcmsaje jela kasi keje dari aokme takde keje, sotakyah la dah diberi betis nk peha pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2024 07:23 AM | Show all posts
kalau full gov mmg susah ler nak serap tetap. kena  melalui spa.. klu agensi/ badan berkanun klu performance ok ada potensi upgrade ke kontrak/ tetap sebab lantikan sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorg lelaki mystep 41 dulu, 10 thn dol tmpt yg sama, tp paling kuat menentang kerajaan, terpaling berkira kerja..alasan sb dia kontrak peg lain tetap. Sabtu ahad jgn diganggu. Waktu utk family. Last2 kna sound waktu keje pun ko x keje, jgn sembang sabtu ahad…skrg dh dpt keje lain yg herlok. Smg boleh adapt kat tmpat baru tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 07:43 AM | Show all posts
abah diaa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 08:06 AM | Show all posts
kena ikut SPA, ikut prosedur biasa, ntah2 Mystep ni masuk pakai kabel, lepas tu nak serap...ehhhh kabel...ntah2 banyak penyakit, kencing manis ke, darah tinggi ke, kan kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.076088 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list