View: 35352|Reply: 13
|
[Tempatan]
Zoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 19-10-2024 05:32 PM
Oleh NORISMA NAJWA CHE ISMAIL
16 Oktober 2024
Tangkap layar daripada video tular di TikTok menunjukkan keadaan ketika banjir kilat di Zoo Negara, semalam.
PETALING JAYA – Rakaman video yang melaporkan situasi banjir di hadapan Zoo Negara semalam telah menarik perhatian ramai selepas ia tular di media sosial.
Video berdurasi 11 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Peter G, menunjukkan keadaan banjir yang menjejaskan kawasan di hadapan zoo tersebut.
“Habislah binatang basah, di Zoo Negara,” katanya dalam video berkenaan.
Reaksi daripada netizen tidak mengambil masa lama untuk membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pandangan serta rasa simpati terhadap haiwan-haiwan yang terjejas.
“Kasihannya haiwan-haiwan. Semoga dilindungi haiwan di zoo,” ujar Ida.
“Harapnya semua haiwan selamat,” kata Racunby qyla pula.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Rosly@Rahmat Ahmad Lana menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya memaklumkan, kesemua haiwan di Zoo Negara berada dalam keadaan selamat.
Katanya, pasukan bomba turut membantu memantau keadaan semasa Zoo Negara semalam dan proses pembersihan di kawasan sekitar telah dilakukan. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga tiada buaya yg lemas mahupun terlepas |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga panda selamat |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nasib zoo johore agaknyer?
@Oshin_Honey. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga fuwa and fengyi slmt...
pastu kuceng oyen yg kwn ngn tikus bendang dan haiwan haiwan lain..risau ular ngn boya je tlps |
|
|
|
|
|
|
|
Harap oyen selamat. Die da la sorg situ kwn dgn tikus beso tu |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 16-10-2024 06:17 PM
Habislah binatang basah?
Sebab semua binatang dalam zoo tak penah kena air ujan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya haiwan2 |
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni ingat binatang dalam hutan tu ada payung kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Binatang tak semua pandai berenang kan? Lembu kambing ayam.
Mana yg bertelur mesti terapung apung telur |
|
|
|
|
|
|
|
cam kelakar ayat mamat nih... |
|
|
|
|
|
|
|
aritu iolls g zoo..uihhh..penat gile....tp seronok....buaya 2 ekoq tu mcm kemurungan..haha....pastu gajah membontoti pelawat..dia xmo tunjuk muka...
ulaq2 tu dlm bekas kaca terlindung drp hujan ye...singa iolls xjpe,...panda ade ke? iolls x g tgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|